mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Monday, December 24, 2012

Tapi bagaimana?

Tapi Bagaimana?






Kau buat ku teruja (yup! eksaited smpai rasa ringan cam buleh terbang!)
Kau buat ku tertawa (memang setuju)
Terbit rasa tersembunyi beku (tu la pasal, lama gila dok sembunyi, last2 keluaq gak!)
Hingga rasa cemburu seperti 
Pasangan kekasih yang hangat bercinta
(ermm... xtau g!)

Dan tak sanggup berpisah (huu~)
Walau hanya sekejap (huhu~~)
Aku sangat merindui kau (huhuhu~~~)
Senang sekali kau ada ( hee~~~)
Tapi bagaimana ku kata padanya (ada idea?)
Dia yang ada seperti tiada (tapi kadang2 ada)
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual (bukan ritual macam taipusam tuu~)
Haruskah aku kejam demi rasa ( jangan la kejam sangat T.T )
Tolong lepaskanku dari sengsara ini (x la sengsara sangat, jadi xpayah lepaskan aku okeh!)
Dia bukan tak cantik (shh!! no komen.. takut dia kembang!)
Dia bukan tak baik (maksudnya dia bukan penjenayah la.....mungkin?)
Hanya kekosongan yang ada (betui ka ada kekosongan? nak apply bleh??!)
Di sudut hatiku tak bisa diusik (special area, vvip only, no entry)
Hingga cinta jadi kematu (lupa dah camna tu centa.. bukan setakat kematu, batu pun bleh jadi)
Tiada yang nak gaduh (ada sapa2 yang x setuju?)
Tiada yang nak tentang (eni objeksyen?)
Hingga rasa menjadi kering kontang (nasib bek kat sini musim ujan ^_^ )
Tapi bagaimana ku kata padanya (bagi idea cepat! bagi idea!)
Dia yang ada seperti tiada (kadang2 ja xda okeh! x selalu!!)
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual (bukan jugak ritual tadau kaamatan!)
Haruskah aku kejam demi rasa (tulih surat cinta dengan darah? not in the list!)
Tolong lepaskanku dari sengsara ini ( boleh?)
Tapi bagaimana ku kata padanya (dah ada idea?)
Dia yang ada seperti tiada ( okey apa, kadang2 kiut gak dok nunggu....^_~ )
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual (hat ritual2 di tanah melayu ni suma bukan!)
Haruskah aku kejam demi rasa ( boleh tera ni ayat?)
Bagaimana harus ku kata padanya (lagi2 idea! cepat lagu nak abeh dah ni!!!)
Dia yang ada seperti tiada ( takpa, asalkan ada ^_^ )
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual (jugak bukan macam ritual2 pelik kat atas donia ni!)
Haruskah aku kejam demi rasa (kita x kejam, kita teknologi hijau...)
Tolong lepaskanku dari sengsara ini (lagi skali ending dengan ayat ni.. buleh tera ni?)

hehehe... lirik ni rosak sebab jari aku ni gatal nak menaip! jdi aku bagi chance la.. last2 tengok apa yang dah jadi? hahaha!!!! 
whoopppss!!!! ya la, ya la... memang pun, sebenarnya video lagu ni macam ciplak dari movie pendek eropah, tapi aku x kesah pun depa nak ciplak ka dak, sebab video ni best, kalu betui depa ciplak, terima kasih la menciplak sebab aku suka video ni..hehe...(pirate gila aku!)

p/s: kepada sesapa yang berkenaan: lebih kurang ja kan situasi lam video ni? tapi ending camna?
sekian, xsempat nak menaip panjang2... nak p umah akak aku sat, esok cuti.. hihuu!!! tapi aku tinggalkan sikit ati aku kat sini...^_^
-hakciplak terpelihara-
bergaya abehhh!!!!!!!!

Wednesday, December 19, 2012

I believe..


Assalamualaikum suma!!! 
mood: karats!
location: ofis :p

huu~ nak share lagu ni dengan ampa suma...lirik yang betul2 kena batang idung aku! pandai depa aim! a beautiful song~


yamaguchi yuko - i believe










When I'm feeling small
When it's cold outside 
I don't know who I should believe
And when I needed someone special
just by my side
Who was there?

When I'm feeling old 

When it's rain outside 
I don't know who is holding me 
And when I need a little kind and tender moment 
Who's with me? 

I believe someday I will love 

Someone who's by my side 
Oh someday 
My special one will come alone 
I keep on praying

When I'm lost inside 

When I'm down and out 
I don't know who I should recall 
And when I needed someone precious 
just be my side 
No one there no one was there 

I believe someday I will love 

Someone who's by my side 
Oh someday 
My special one will come alone 
I'll pray everyday 

I believe someday I will love

Someone who's by my side 
Oh someday oh someday 
I keep on praying everyday

salah satu lagu feveret aku... sangaaaattttt suka! sebab liriknya sangaaatttt kena dengan aku... baca ja lirik ni, paham la kisah seorang aku... luckily i have my family to cover this 'someone' space for the time being... luv mi familia :)


lirik tu sendiri dah menceritakan sumanya, sebab tu aku x terangkan balik..:) jadi penulisan aku untuk pos kali ni agak pendek..(wahh sonok la ampa xyah migrain lama2 bila baca pos aku kali ni..kekekek!)


kesimpulannya:


"I believe someday I will love 

Someone who's by my side 
Oh someday 
My special one will come alone 
I'll pray everyday"






p/s: sori kawan2, mood aku sejak kebelakangan ni lain macam la, xtau nak wat camna, huhu... tengah dalam proses memahami diri sendiri ni, untuk meng'ejas'kan diri dalam situasi ni, hehe.. biasa la, pengalaman x banyak macam ampa.. tapi kira ok la kan mood macam ni kalau nak banding dengan mood short cerpen aku yang merapu tu..migrain ampa baca pos tu weh! hahahah!!! at least, yang ni real hokkeyyy!!! 

" still waiting... with the brightest smile for you to come..:) "




should i? dont? but? dont do anything? ask her? will her? no? afraid? too shy to express? blurr? no confidence? courage? yes? still? when? need some sign? how about...? but? oh? jem! (cpu usage:100% -heng!-)






Sunday, December 16, 2012

Urusan Hati

Assalamualaikum suma...:)

petang ni ujan kat umah sewa aku, ^_^ aku suka ujan, kalau orang2 dari iklim len suka winter sonata, autumn in my heart, summerscent, spring waltz, aku plak suka love rain... haha!! ok2 takdak kaitan pun sebenarnya tajuk2 drama kat atas, suma tu feveret aku, cuma aku tumpang tajuk drama ja untuk bagitau musim2 yang ada kat donia ni... sebab aku suka musim ujan, orang dari iklim len mungkin suka winter, autumn, summer atau spring...

aku jugak suka 4 musim dari negara len tu, fitrah manuasia kan, memang camtu... tapi kalau dalam kita dok ber4 musim di sana, tetiba ada ujan time spring ka, winter ka..aku rasa lagi best, walaupun hakikat nya sejuk sampai ke tulang tapi panorama lepas ujan+spring atau winter atau autumn atau summer... siyes aku suka gila! (panorama ja la, kalau nak keluaq time tu mesti luruh abeh dagu2 ni, ketaq terlebih..huhu, silap2 lutut pun bleh tanggal!)

ok macam biasa, isi2 pos makin menyenget dari tajuk, dah nak drift terkeluaq dari landasan la tu...huh! sambung balik! dalam aku dok berhujan panas kat sini, si ujan ni pun mula la nak mengusik ati kecikku ini (toodia! ayat!! wekkk!!!) sebenarnya aku dalam 2, 3 ari ni macam serba x kena lak, x konsisten... xtau la... tu pasal la kurang bw sket ujung mggu ni...huu~

tapi suma tu ceta 2, 3 ari yang lepas... untuk arini... aku gumbira(tapi still x bw jugak!), berbunga-bunga kat dalam ati ni... sapa yang gigih dok p tanam pun xtau! tapi yang pasti, ianya membestkan aku.. maka tersengih-sengih la aku sepanjang ari ni bak kambing yang berjaya mengelak ujan!

yang hebatnya pasal urusan ati ni, xpayah benda yang rumit pun... 2, 3 patah perkataan ja dalam satu ari... cukup dah! dah bleh wat orang tersenyum sepanjang ari, kalau lagi banyak ayat, aku rasa dah bleh terbang la orang tu... hebat kan urusan ati...^_^ betul tak?

jadi sementara ati kita ni dok berbunga mekar(wekkk!!) elok la kita nikmati selagi boleh, sebab esok kita xtau, mungkin kita akan gundah-gulana, frust lagi, kachewa lagi skali atau yang sewaktu dengannya... ni suma urusan hati dan Allah s.w.t...:)

dan macam yang dalam pos2 yang lepas, anda akan disajikan dengan gamba2 free(curik!) yang disponsor uleh incik gugle...enjoy~

Love Rain

Winter Sonata

Autumn In My Heart

Summerscent

Spring Waltz

"Dan musim-musim pun berlalu silih-berganti membawa cerita dan setiap kenangan yang ada bersamanya~~"



p/s: rasa macam nak tgk len, sebab best... tapi macam x mampu ja.. tragik sangat.. letih aku...:(





Friday, December 14, 2012

Aku dengan umah usangku

salam suma....:)

esok cuti... hehe..
bleh men belog lama2!!!! yahoo!!!!!

emm~ aku ni makhluk planet bumi yang berat nak p jalan2... kalau p berjalan2... aku suka p jauh2 teruih.. contohnya p makan angin la, bukan angin hat kita dok sedut oksijen tu(kalau makan angin tu, bek aku fotosintesis ja, save bajet aku) makan angin hat melancong tu(tapi melancong bunyi macam kaya sangat plak, aku baru ada 3 ringgit ni) AYOO!!!!! nak mukadimah pasal ni pun x abeh2 g.. asyik dok gaduh pasai angin...! sori , aku ni kadang2 meleret dok nak terkeluar dari landasan, ala2 drift gitu..hehe!

aku memang macam ni, kat mana kita tadi? ohh... pasal xsuka p jalan2... haa!!! dah dapat ayat sedap! aku ni sebenarnya xsuka pi merayap xda target, aku xsuka p window2 di shopping mall.. dok lepak2... ohhh! not mai stailll!!! so, aku pun duk ja mengadap laptop setiap ujung minggu...(T_T)  melainkan, depa ajak p broga ka, jenguk akak aku kat kajang ka, p switzerland ka.. haa~ baru aku pi...

jadi, sebab tu la aku ada belog terchenta aku ni, walaupun semak mata memandang, pening, migrain nak muntah dan sebagainya... aku suka mai sini, membebel panjang2... pi kacau orang dalam chatbox..! oh indahnya~

belog aku ni wujud taun 2010, belog ni asalnya wujud sebab aku nak men2 dengan html, sebab tu xbanyak update time tu..skang dah 2012 baru aku aktif balik sebab... aku skang kat selangor~~ huhu, sunyi~~  aku suka duduk kat kampung, best! men2 dengan kucing aku~ jalan x sesak, orang2 sopan santun... aku xsuka duduk bandar yang serba kejar-mengejar ni... nak hambat dunia sampai bila? ye dak? rilek2 sudah..hoho. tu yang buat aku malas nak klua, so aku abeskan masa berbelog... xsuka fesbuk, penat, macam2 status depa update, letih aku... belog ni santai sikit..

aku sibukkan diri aku berbelog... tak la asyik dok ingat kampung sangat.. aku ni sorang yang sangat menghargai nilai2 sentimental.. benda2 apa yang ada kenangan sikit, susah aku nak lepaskan.. keluarga aku kompom nombo 1, termasuk la tiket bas time skolah menengah dulu, lukisan2 aku lukis dulu2(aku terer lukis tau!), haa memang aku sayang... buku2 latihan zaman sekolah rendah...huu~ nostalgia~~

aku dulu time study kat perak, aku balik kampung di kedah setiap 2 minggu, abah aku sampai pening dah, slalu sgt balik umah.. nak wat camna.. kerinduan menghimpit jiwa..(toodia ayat!) skang aku dok selangor, mustahil la nak buat benda camtu lagi.. kesimpulannya, idupkan balik umah usang 2010 aku ni, buang abeh mana2 sawang yang ada, dan pi melawat kawasan kejiranan...

sori lagi skali, aku ni kalau jari ni dah setat menaip, memang payah nak berenti.. x kira la topic apa.. plan nak tulis pendek2 ja... last2 slalu jadi panjang, tu yang wujudnya short cerpen aku tu, puas gila jari aku dok taip benda2 merapu camtu.. huhu, stop!!! sampai sini.. takut nanti jadi makin panjang, muntah pulak orang2 dok baca pos panjang2 aku ni...:) kalau hangpa meluat, rasa loya nak muntah, hangpa bagitau noh!



p/s: hangpa nampak dak "about" kat bahagian atas belog aku ni? haa~ pos ni la linknya... baru nak update, hehe.. buleh gitu? lagi satu, macam biasa la, gambaq ulat dalam buah epal ni incik google yang bagi, dia bagi free, aku sapu la! (penyapu!!!)






Thursday, December 13, 2012

Be Happy!! :)










Mocca - Happy!


Life is Just a Bowl of Cherries,
Sometimes It's afraid Filled with Worries
Don't be afraid, When Things Go Wrong, Just be Strong.

When Thing Seems up in the Air,
And Everything is so Unfair,
And You Stumble and Fall
Just Pick Yourself up and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember One Thing, My Friend.
When You're Under a Cloud
Just Visit Music and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember that I'm Here to Stay.
Don't You Give up, Keep Your Chin up,
And Be Happy!


>>>apa benda depa kata dalam lirik kat atas ni?
x paham?
heh! jangan risau kawan2!! dunia dah maju.. internet ada! meh kita google translate!



Mocca - Gembira!

Kehidupan adalah Hanya Bowl Ceri,
Kadang-kadang takut Dipenuhi dengan Khawatir
Jangan takut, Apabila Perkara Pergi Salah, Hanya Kuat.

Apabila Thing Nampaknya di Udara,
Dan Semuanya begitu tidak adil,
Dan Anda Stumble dan Kejatuhan
Hanya Angkat Diri dan Sing

Jika Satu Hari Anda Kurangkan jalan anda,
Hanya Ingat Satu Thing, Kawan saya.
Apabila Anda Bawah Awan
Hanya Lawati Muzik dan Sing

Jika Satu Hari Anda Kurangkan jalan anda,
Hanya Ingat bahawa Saya Here to Stay.
Jangan Anda Berikan up, Pastikan Anda Chin up,
Dan Be Happy!


haa~ kiut ja kan google translate  tolong translate.. dah paham? (^_^)
sapa yang dah paham angkat tangan!  (^ o ^)/
ok terangkan kat aku plak! sebab aku x paham yang  google dok translate ni... ilmu tahap tinggi~ (*,*)


enjoy~ (^_~)



Wednesday, December 12, 2012

Arini: your 12/12/12

haa~~~ lagi satu, tarikh arini!! whoop!! bukan tudung arini, tapi hari ini la maksudnya...

ada apa2 yang best ka arini? hehe.. apa2pun aku wishkan good luck untuk sesapa yang ada apa2 plan yang baik untuk arini... ingat taun depan dah x mungkin ada tarikh 13/13/13... so cipta la satu kenangan untuk arini.. aku dah! (aku berblogwalking dalam blog sendiri...)

jadi... have a good day...(^o^)/ precious moment last forever (wah xsangka aku leh wat ayat best camni, nak kena p paten ni!)

skali lagi gamba copy-paste.. sori2.. salahkan incik google


(heh selamba publish pos macam update status fesbuk)



update: fuh bersembang panjang dengan mak aku kejap tadi, sampi kering kedit.. <3

"that awesome moment, when we got soo much love to be shared, and we will always be there for each other.. Alhamdulillah, thank God, they are mi familia.. so please God, protect them from any harm cause i can only count on You..."

a song to be remembered, cause i know i can count on them...

Semak! kaannn?

salam suma!

aku skang kat ofis, curik tulang... bayangkan betapa banyak tulang yang aku curi sampai bleh wat pos baru... huahaha!!!

tengah2 dok sedap mencuri tulang tuu.. aku jenguk la sat rumah usang aku ni sambil berblogwalking ala2 kadar...

KEMUDIAN!! teng teng tenggg!!!!! waa~ baru aku pasan betapa semaknya rumah usang aku ni...huhu, mungkin template ni dah x releven, tapi~~~ xkan nak tukar? sayang woo~~ sentimental value 2010, lagipun dah banyak jiwa2 dan html2 yang terkorban waktu dalam proses edit-editan dulu( hamboi buruknya bahasa..)

huu~~ tapi takpa la, aku teruskan ja... lagipun sesuai la semak dengan status aku yang bujang ni... huhu



p/s: sori noh, umah aku semak sikit... pandai2 la hangpa cari jalan noh... huhu.... dann macam biasa, gambar atas ni aku bersubahat dengan incik google, jadi plis owner gamba, jangan saman aku, saman incik google...

Kesah aku dan Taekwondo



Salam suma~

hai!!! haa.. saja nak bagitau, aku baru abeh jenjalan kat blog chekgu eton, ni link dia klik..
post dia yang paling letes pasai taekwondo.. dia ada la ceta sket pasai tournament yang dia baru join kat UPSI.. aku baca post dia sambil tergelak2 comei... bukan sebab pa... aku teringat kesah aku, jugak dengan taekwondo.... zasss!!!!!!!!!



kesah aku dengan taekwondo bermula dari skolah rendah... kat kedah, terutamanya area aku... taekwondo tak femes... orang x suka sebab x cukup melayu.. ramai kawan2 aku dok saiko suh amek silat(silat tersangat la femes di area aku). aku tau ramai kawan2 aku dah masuk silat, nak masuk, teringin masuk... suma ada, kecuali aku... bukan nak kata silat tu x hebat tapi masing2 ada citarasa sendiri, suma martial art sama hebat..
cuma aku tergoda dengan speed & teknik2 kick taekwondo... tu yang aku nak blaja, jadi aku nampak silat macam x sesuai dengan citarasa aku... maka kecik ja aku sorang2 p merayap cari jalan nak masuk kelab taekwondo...

macam chekgu eton cakap, taekwondo ada banyak pecahan, ada WTF, ada ITF dan GTF... aku time tu blaja WTF, WTF ni lebih kepada taekwondo komersial, kiranya WTF ni ganas sikit dari yang len sebab aliran ni lebih fokus kepada sparring, jadi orang macam segan sikit dengan WTF sebab lagi garang...huhu~ aku tau dari pengalaman...

akhirnya dah masuk skolah menengah, jalan pun menampakkan jalannya~ maka aku dengan bahagianya join taekwondo dengan akak aku... sayangnya akak aku berenti separuh jalan, sampai yellow belt ja iaitu gred 8 sebab malu kena tegor dengan sir setafa, bukan kena marah pun..hehe~ jadi tinggal la aku sorang2 bergelumang di situ...



first tournament, sir setafa bagi aku borang suh aku isi, aku bagitau kat mak aku... teng teng tengggsss!!!!!!! mak aku x bagi join, ok aku setuju sebab aku pun berat ati, aku ni jenis x suka kena luka... so, aku x penah join tournament sepanjang zaman sekolah menengah aku..

5 tahun aku bertaekwondo di sekolah menengah~ banyak aku dapat blaja, macam2 jenis kick aku blaja... kiranya misi aku tu tercapai, pencapaian? aku? 5 tahun ni lama woo... bayangkan time tu, ada grading setiap 3 bulan, kalau nak ikutkan masa 5 tahun tu, memang dah ble agak, kompem black belt berdan2 la... tapi aku? hehe...

blue belt gred 3! aku berenti sampai situ sebab, ermm...... sebenarnya ramai orang meluat dengan jawapan aku ni, tapi takpa la, aku ceta jugak... aku berenti sampai blue belt sebab kaler tu cantek! huhu~ kalau nak ikutkan, sebenarnya kalau seseorang tu khusyuk amek grading, slamber ja 2 tahun dah sama level dengan aku... abeh tu, lagi 3 tahun aku watpa? aku curi ilmu blaja kick2 yang gempak, hasilnya aku bleh buat lebih dari apa yang sepatutnya, lagi skali, misi tercapai...huhui!



abeh ja skolah menengah, aku pun setat merantau... aku singgah blaja sat kat satu ipts ni, time orientasi, kelab2 koko ni promote la diri masing2, maka datang la silat cekak hanafi, depa wat demo, sambil menyeru budak2 join kelab tu, yang mengecewakan aku, promoter ni promote silat cekak hanafi dia dengan cara mengkondem martial art yang len... oh kecewanya aku, melayu sungguh promoter tu, dah la yang dia kondem tu taekwondo... siyes kecewa, sebab hujah2 dia tu aku syak dia dah salah sangka, kat korea ada dua, satu taekwondo, satu taekkyun... dua2 tu ada sejarah masing2.. jadi aku memang rijek kelab dia dari awal, salah teknik promosi, tapi aku paham, mungkin dulu, dia bukan dari bidang marketing...

endingnya koko aku bomba.. adei... tapi aku blaja capoeira secara underground, sebab nampak cam gempak.. tapi last2 chekgu capoeira aku p sambung blaja oversi.. maka aku pun berenti, sebenarnya lagi satu sebab, aku berenti kerna aku gayat bila kepala kat bawah, kaki kat atas... huu~ macam tu la capoeira punya latihan kalu hangpa nak tau~ gayat2!!

daannnn~~~~ last skali, takdir menemukan kembali aku dengan taekwondo~ bertahun2 kemudian bila aku masuk satu ipta ni... tapi kali ni aliran yang ada cuma GTF, lepas dirisik2 rupa2nya aku xleh sambung blue belt aku sebab WTF silibus len... cuma ITF dengan GTF ja silibus hampir sama... so nak kena blaja balik dari awal? ohh~~ seksa~~~ tapi blaja ja la, hmm~ rupa2nya, GTF ni kacak sikit, depa lebih pentingkan seni.. jadi aku bleh nampak la sebab apa WTF x diterima, memang jauh beza laa~~ tapi ok, sebab seni pun best gak, lagipun aku dah puas bergelumang dengan WTF...


ni uniform untuk GTF

ni uniform untuk WTF


GTF ni sangat fokus kat seni, pergerakan... WTF plak sangat fokus kat teknik tendangan, teknik kick mau perfect, sebab tu la aku kadang2 terbangga gak bila, budak2 GTF asyik pandang2 kick aku, sebab depa tau camna tu WTF, kembang idung2 wuu~~ aku pun terjuling2 gak tengok depa training seni, kacak ja.. kagum.. masing2 respect masing2... indahnya aku rasa time tu~~~

 last2 kesah taekwondo aku pun lengkap, speed, teknik, + seni = blue belt gred 3.... hepi ending~



p/s: pengalaman aku ni subjektif, mungkin chekgu kita xsama, jadi apa yang kita blaja pun xsama...

lagi p/s: walaupun dalam ceta ni aku sebut ipts, ipta bagai... tapi hakikatnya blaja x lepas pun.. aku ni cuma SPM ja... SPM~ harap maklum.




Saturday, December 8, 2012

destinasi impianku

assalamualaikum suma... hai2...(^_~)v

untok pos kali ni, aku nak share la sikit impian aku dengan sesapa sudi baca pos ni atau yang terrr x sengaja terrr baca pos ni...hehe

aku ada satu impian... nak g jalan-jalan ke satu tempat ni, x kisah la dengan keluarga ka, kawan ka, bakal bini ka... tapi rasanya aku lebih bahagia dan gumbira kalau aku leh bawak famili terchenta aku bercuti di sini, cuma aku x mampu lagi...(T_T)
xmau gtau lagi kat mana tempat ni, aku nak korang tengok dulu pic2 yang aku curik dari incik google... Klik kat gamba untuk view yang lagi membahagiakan...(^_^)



























haa.... heaven tak? dah tengok sikit kan preview? ni la switzerland, negara xda laut kat tengah2 europe .. sarukkhan selalu la menari guling2 kat switzerland ni... bagi aku, tempat ni sangat cantik.. maklum la aku ni jenis suka alam semulajadi, aku jugak suka tengok suasana perkampungan di lereng2 bukit.. nak2 lak cantik camni.. memang menusuk kalbu la..

pic2 kat atas ni permandangan dari grindelwald, interlaken, lauterbrunnen, zermatt dan jungfrau... siyes x tipu.. sila tanya incik google.. aku dah selidik abeh dah aih tempat ni (time aku kecik2 dulu lagi)...hehe

x caya jugak pasal research aku? ok aku curahkan sikit ilmu di dada ni...

  1. matawang kat sana guna CHF.. CHF? apakah? CHF tu swiss franc.. sebab pa kalau pendek jadi CHF? haa... yang tu ilmu x sempat nak cari...huhu
  2. malaysian embassy ada kat bern dan geneva(penting ni)
  3. makanan selera orang melayu tobat xda kat sana, cuma ada kebab turki dan nordsee(restoran makanan laut dan nasik), tapi kena pandai2 cari, itu pun kat bandar2 je... so kita kena bawak banyak bekalan makanan dari tanah melayu kalau nak ke sana, kastam derang pun x cerewet dengan bekalan makanan yang kita bawak... tapi berpada2 la.. setakat serunding, brahims suma tu ok la lagi..
  4. transportesyen antara yang terbaik.. sharp on time, antara yang terfamous kat dunia nan fana ni, glacier express dan goldenpass panoramic, khas untuk tourists sahaja...cuma harga makanan dalam train akan naik berlipat kali ganda, better beli makanan ringan sebelum naik train. teksi? amaran kerass!! sebab teksi terrrsangat mahal!
  5. penginapan memang antara yang terbest gak.. bersih.. cuma kalau korang nak book, be sure, tengok betul2 takut nanti korang cuma sewa katil, tapi kongsi bilik dengan orang len.. huu~
  6. bahasa seharian kat sana agak mengelirukan sebab barat swiss cakap perancis, selatan swiss cakap italy, timur swiss cakap jerman... haru kan?
  7. waa~ banyak lagi sebenarnya~ tu x termasuk jungfrau(top of europe), terowong alps 17km yang dikhabarkan mampu memuatkan seluruh warga switzerland kalu ada bencana...banyak lagi! tapi kalu nak tau jugak, jom belanja aku minum.. kita sembang sampai pengsan... haa lagi satu kalau ada apa2 info yang salah di sini, aku dengan rendah ati, mintak tolong betulkan... 
cukup psal info kat atas, aku nak ceta sikit sebab2 aku suka switzerland...
sebenarnya, kalau nak ikutkan cantik banyak je negara lain yang cantik, tapi sebenarnya sebab sentimental value... 

abah aku suka tengok ceta hindustan... suka la dia part guling2 atas bukit tu... jadi makin aku besar, makin aku muda, aku pun terfikir alangkah bestnya kalau abah aku sendiri yang p kat situ guling2.. i'd be the happiest person to see that... jadi muncol la plan2 dasat untuk bawak family aku g ke sana... korang nak tau bajet flight? heh! rm5000 sorang! (itupun time promo) kau mampu? aku tak.... 

so top secret plan dipospon xtau sampai bila... sampai aku n adik beradik mampu kot.. tapi kalu x mampu, kami bawak je ke tempat len yang parents aku suka.. x semestinya switzerland, maybe derang xtau pun tempat guling2 tu sebenarnya switzerland...

Sebut pasal hindustan ni, sebenarnya, aku ni bukannya peminat ceta hindustan.. tapi ni la movie bollywood yang paling2 aku suka, dilwale dulhaniya le jayenge, masih ditayangkan di pawagam di india sejak 17 tahun yang lepas hingga sekarang!! gila ah! dan of kos la ada scene kat switzerland...hehe







p/s: kepada bakal bini(xda calon lagi).. kumpul duit banyak2... kita p switzerland noh...buleh? pastu kita p keukenhof, neuschwanstein castle, scandinavian country, tgk aurora borealis, italy, paris, scotland, london, old trafford, korea, jepun... kuumpul duit lebih2 sikit tau, sebab saya baru ada 2 ringgit dalam tabung...

lagi p/s: kepada owner2 gamba, plis jangan saman aku.. saman incik google, dia la yang menjadi dalang dan petualang dalam urusniaga gamba2 free ni...



Tuesday, December 4, 2012

Short cerpen: Semuts, Belalang dan insectopia.


Pada suatu hari yang hangat, mentari telah memancarkan surianya dikala tiada langsung kepulan awan-awan nano yang memenuhi ruang troposfera ketika itu... maka teriklah pancaran matahari memecah keringat setiap penghuni bumi pada tengah hari sabtu itu...

Tetapi di celah-celah kehangatan mentari itu, kelihatan sekelompok serangga sedang bersiap sedia menghadapi musim banjir.. ada serangga yang berterbangan, ada yang merayap dan ada juga yang berlari...

James, iaitu seekor semut hitam yang tonggek sedang memerhatikan membe2nya memikul lumpur-lumpur kecil untuk membuat kubu banjir.. dia cuma memerhati, langsung tidak menolong, dia adalah seekor semut yang sombong hanya kerana bapanya adalah ketua kampung semut2 tersebut, tetapi kampung yang bernama kampung cindai itu turut mempunyai belia2 yang sangat rajin bekerja tidak mengira siang dan malam...antaranya, fendi.. ryan dan julis...mereka bertiga adalah rakan karib, malah mereka juga dari bukan calang-calang keluarga, mereka juga anak jkkk kampung cindai tetapi tidaklah pula sesombong james...

Lumpur demi lumpur dipikul, keringat diperah.. berkerjasama memotong daun... dan untuk kesekian kalinya, lumpur berganti lumpur, keringat berganti peluh, daun berganti sisa sardin terbuang... dengan itu, hari-hari mereka pun terus berlalu... 

Genap sebulan selepas itu, juga jatuh pada hari sabtu, awan-awan nano mula menampakkan nanonya... tanpa sebarang amaran, hujan turun membasahi bumi yang telah kemarau sebelumnya... pokok2 nan tinggi diulit kencang, melambai-lambai deras di dalam hujan kilat itu... mungkin kerana terlalu gembira? ada juga yang tercabut!

Panik dengan kejadian hujan kilat tersebut, semut hitam 3 serangkai yang sedang bermain bola ketika itu pantas mengerah kesemua penduduk kampung cindai masuk ke dalam kubu kerana mereka dapat mengagak akan berlaku pula banjir kilat selepas hujan kilat tersebut...

Seekor demi seekor masuk ke dalam kubu, tiba-tiba mereka terperasankan james, iaitu semut tonggek yang sombong itu tiada di dalam kubu! maka kalutlah mereka memaki hamun semut sombong itu kerana menyusahkan mereka dan pasukan rukun tetangga...

Hampir pasti agakan mereka bahawa advantage sebagai keluarga jkkk akan tergugat sekiranya si sombong anak ketua kampung itu gagal ditemui, mereka pun berpakat mencari james... "james! james!" fendi dengan suara garaunya memekik nama james... di celah2 hutan kecil pokok juniperus chinensis itu juga, mata bundar si ryan gagal menemukan james... sehinggalah julis yang sedikit bijak bergerak meninggalkan rakan2nya menuju ke tempat yang lebih jauh sedikit, iaitu di sebalik rumput2 jenis japanese pearl grass yang mahal... "hah!!"

Maka benarlah agakan si julis apabila dilihatnya james sedang membongkang tidur di dalam tin sardin, dipercayai james telah memakan sisa sardin sehingga kenyang lalu terlelap di situ... 

hujan semakin lebat, paras air juga semakin meningkat.. tanpa banyak berbicara, julis pun celapak menuju ke arah james, dan tanpa mukadimah yang sesuai, julis telah menampar james yang sedang tidur dibuai mimpi2 sardin... pang!!!!! penangan penampar semut hitam memecah kedinginan hujan...

"Adei.." manjanya si sombong james, hanya dengan sekali penampar terus mengeluh sakit... julis yang melihat perkara itu terasa meluat dan loya tapi bila memikirkan banjir yang akan berlaku sedikit masa lagi, dia gagahi jua menahan meluatnya dan memberiahu situasi yang bakal berlaku itu kepada james.. james yang masih lagi terpinga-pinga hanya mampu tersenyum.. melihatkan keadaan yang tidak berpenghujung itu, julis mengambil kesempatan menangkuk di air yang keruh lalu menampar james buat kali kedua, tetapi selepas itu, julis bingkas bergerak menarik keluar james yang tonggek dari tin sardin(cap king).

Rupa-rupanya terlalu lama julis membuang masa bersama james di dalam tin sardin... air yang derass mengalir sedikit demi sedikit telah merubah struktur geografi tempat tersebut... julis terasa sebak, dia ingin menangis kerana dia sudah tidak dapat mengecam jalan pulang ke kubu. dalam keadaan sebak itu, julis menoleh ke arah james yang berada di sebelah kirinya bertujuan hendak bertanyakan jalan pulang... menoleh sahaja ke arah james, dilihatnya james masih lagi tersenyum terpinga-pinga.. tersentak dengan keadaan itu, hilang sebak di dada kecilnya...

Julis dan james masih lagi kaku di hadapan bukaan tin sardin... semakin banyak titik-titik hujan menerjah permukaan bumi, situasi ini dapat dilihat di sekeliling mereka berdua lalu julis mendongak ke langit melihat awan2 nano yang menghamburkan titik-titik hujan itu lantas menjerit: "why? why??"

Huh! awan-awan nano langsung tidak menghiraukan dua insan yang malang itu.. malah awan-awan nano semakin rancak menonjolkan kuasa dan teknologi nanonya! kemarau telah berlalu maka sekarang pula adalah giliran awan-awan nano mengambil alih kerana itulah fitrahnya...

Julis semakin kecewa, seraya menjerit lagi: "whyyy??? whhhyyyy???? whaat...? the....? thing in the world is that??!! aik? tiba-tiba ayat julis yang last tu mencurigakan? rupa-rupanya julis secara tidak sengaja telah melihat sesuatu ketika dia sedang mendongak mencemuh awan-awan nano yang tidak pun memahami bahasa si julis... tetapi apakah yang telah dilihatnya? 



BERSAMBUNG.... (link part 2 akan diupdate di sini)


p/s: cerekarama ni adalah rekaan aku sendiri, maka bahasa-bahasa yang digunakan datangnya dari idea-idea yang sememangnya aku yang nak wat camtu.. jadi jangan konfius noh.. ha lagi, kalu nak cepat update ke part 2, sila komen kat bawah, insyaAllah aku try wat cepat2 sebab x elok wat orang tertunggu2, tp kalu xda komen, part 2 still akan ada cuma lambat skit la... oleh itu, jangan segan2, wat cam rumah sendiri noh...sekian. kepada pengkritik2 bahasa, diharap anda faham bahawa inilah cara aku berkarya...


The Road Not Taken - Robert Frost 1920


Salam suma,
di sini aku nak share satu poem feveret aku... memang la x banyak poem yang aku baca tapi hat ni spesel... terus menusuk ke kalbu, sebab terasa dekat ja dengan diri sendiri...
terasa macam aku ler si watak di dalam poem ni...

Kehidupan ni,
selalunya kita diberikan pilihan, A atau B? hijau ataupun kuning? 
dan antara sedar atau tak.. 
kita pun memilih salah satu....
maka tercoraklah kehidupan kita sebagaimana yang kita lalui skarang,
dah kawen, ada anak, ada cucu... 
tapi? pernah tak anda fikir?

JIKA...
pada suatu pilihan dahulu, anda menukar dan memilih yang sebaliknya.....?

The Road Not Taken











TWO roads diverged in a yellow wood, 
And sorry I could not travel both 
And be one traveler, long I stood 
And looked down one as far as I could 
To where it bent in the undergrowth;        5

Then took the other, as just as fair, 

And having perhaps the better claim, 
Because it was grassy and wanted wear; 
Though as for that the passing there 
Had worn them really about the same,        10

And both that morning equally lay 

In leaves no step had trodden black. 
Oh, I kept the first for another day! 
Yet knowing how way leads on to way, 
I doubted if I should ever come back.        15

I shall be telling this with a sigh 

Somewhere ages and ages hence: 
Two roads diverged in a wood, and I— 
I took the one less traveled by, 
And that has made all the difference.        20


Robert Frost (1874–1963).  Mountain Interval.  1920.



Monday, December 3, 2012

sat saya, sat aku.. hat mana satu?


Haha... satu post yang sangat bernas... sebenarnya aku a.k.a saya ni dh penat dan kompius asyik dok edit pos...

jadi, di kesempatan ini, aku a.k.a saya ingin memberikan kata putus berkuat-kuasa serta merta!!

  1. pasni aku a.k.a saya akan guna kata ganti nama : aku (sori walaupun cam kasar, tapi rasa cam mesra rakyat dan akrab sikit dengan blog sendiri ni...)
  2. aku ni asal dari kedah, jadi sleng kedah tu akan berkumandang di blog ni sekali sekala, jadi hangpa jangan terkejut noh! lapaq cekelat!
  3. lagi emm.... x terpikir lagi, akan di update dari masa ke semasa... TQ!
toodia, selesai dah... ha~ lega~ cam lepas abih SPM!

k, jumpa lagi di lain poss....

Jelesi...

Haie...(-.-!)

Entah kenapa, diriku terasa jeles plak... takkan bunga-bunga chenta dah mekar kot? hahahahahaha!!!
macam bukan aku ja... hmm.. xtau la... adei... nak di luah, rasa macam x layak... maklum la SPM...

dia xtau yang aku jadi camni.. aku dok wat slamber la kat luar, tapi kat dalam ni... jelesssssssssssssss!

ahh! biar la benda2 camni berlalu, x lama punya jeles2 ni.. pas 2-3 bulan ilang la tu, chenta manusia kan, kejap je... aku kena fokus! selagi matlamat utama x tercapai.. takkan aku kapel@kawen( tapi kalu tetiba datang jodoh, aku terima ja..)

"kumbang bukan seekor, tapi bunga jugak bukan sekuntum..." 

kuatkan diri anda di arus yang penuh pancaroba ni...fuh! fuh! fuh!

huu~ tapi sampai bila~ jelesnyaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~

Nasib bek aku idupkan balik blog usang ni, bleh curi tulang kat ofis tulih benda2 gini...adui!
jadi? meh kita layan lagu nan sedih tapi sempoi plus kelakar yang amat sesuai dengan situasi aku skg...kredit kepada derang yang buat video best ni!



(semoga aku berjaya mengharungi dugaan di dunia plastik ni... aminnn)

Sunday, December 2, 2012

Sedu: apakah? kenapakah? bagaimana..?




Sedu? what is sedu.. sedu ni omputih panggil hiccup.. perkataan hiccup ni wujud sebab bila kita tersedu.. keluar la bunyi hic! hic!

sebab tu omputih panggil hiccup.. ok 'hic' tu kita dah tau tp yang 'cup' tu jangan ditanya sebab saya pun xtau~ 

Bahasa melayu? sebab pa dipanggil sedu? takkan xtau kot.. kita kan orang melayu.. malu la kalau xtau maksud sedu, sedangkan bahasa penjajah tu kita tau plak camna wujudnya perkataan hiccup! hish.. anda-anda ni! ok la, saya bagitau jugak la camna perkataan sedu tu terwujud di mulut kita... ok sebenarnya perkatan 'sedu' tu dari nenek moyang kita, kita ni penyambung ja... jadi memang dari kecik lagi kita dah sebut 'sedu', kadang-kadang 'sedu-sedan'... hmm.. tu la jawapannya.... apa?

ok dah.. kita sambung lagi... anda suma tau sebab pa sedu ni terjadi? ok meh saya copy-paste sikit..

  1. menelan terlalu banyak udara (kepada sesiapa yang suka sangat pergi makan angin, jaga-jaga, nanti sedu..hoho)
  2. makan dengan gelojoh (bawak bersabar, bawak bertenang.. makan slow-slow... takkan lari gunung dikejar... nabi pun makan kunyah lebih 40 kali, yang kita ni baru sekali kunyah terus nak telan tu pahal? takut ayam abeh membe makan?)
  3. berasa terlalu eksaited atau bimbang... 
  4. mengambil alkohol secara berlebihan... ( patut la dalam ceta hindustan dengan ceta hong kong, derang selalu tersedu lepas minum.. jangan korang dok buat drama minum air mineral tersedu plak! haha..)

haa... punca kita dah tau.. jadi? camna nak menghilangkan sedu? penyelesaian mesti la bertentangan dengan punca kan? bijak-bijak...

meh kita susun balik penyelesaian..

  1. menelan sedikit udara?
  2. makan dengan perlahan.. sebijik nasi per saat?
  3. kurangkan keterujaan.. sentiasa muram dan suram?
  4. mengambil alkohol secara berkurangan?
ohh... lain macam ja...? 

Wahai tuan-tuan dan puan-puan yang budiman... salah kesimpulan di atas tu ye.. tu suma ajaran sesat tu...
haa... sebenarnya punca-punca di atas tu yang nenek2 kita yang bagi tau turun temurun... sebab tu la kesimpulannya jadi haru macam kat atas tu.. meh saya copy paste lagi...


Toodia! korang tengok gamba kat atas ni... nampak tak diagfram? bila kita sedut udara, diagfram akan tertarik ke bawah, jadi udara di sedut masuk, apabila diagfram menolak ke atas, udara akan dihembus keluar... begitulah diagfram bekerja secara efisyen..

tapi kadang-kadang sistem diagfram kita juga boleh terganggu berpunca dari perkara2 yang nenek2 kita bagitau tadi tu...maka berlaku la sedu apabila diagfram direntap ketika menyedut udara masuk...udara yang terlalu pantas di sedut tu akan melalui kotak vokal kord, tu yang tetiba hic! hic! tu...

kat sini la kita faham kecelaruan sistem yang terjadi... bagi memudahkan pemahaman, saya sebut ja pola pernafasan yang kelam kabut... jadi? 

korang selesai kan la, buat la apa-apa yang patut supaya pola pernafasan anda tu stabil balik, macam mana nak buat? haa... cipta la teknik sendiri, baru la famous.. saya baru ja pecah rahsia dunia ni.. takda orang lain yang bagi kesimpulan cam saya tau...kekeke... ok setengah orang minum air, sesetengah lagi cuba sendawa, ada jugak yang tahan nafas.. macam-macam la... tapi apa yang saya perasan teknik2 ni punya satu misi yang sama iaitu mengganggu sistem pernafasan yang sedang kelam kabut tu... so pilih la teknik-teknik mana yang anda nak.. 

hihi... ok satu ja cara yang saya amalkan, sebab memang berkesan... ambik beg plastik, tekapkan di mulut dan bernafas dalam beg plastik tu dalam 2-3 minit, sampai rasa macam 'ok tenang dah'... tujuan? haa.. mesti la kena tau sebab bernafas dalam beg plastik kan, nanti belajar ilmu x abis, x berkesan lak.. tujuannya adalah untuk menyedut karbon dioksida(bernafas kembali dengan udara yang telah kita hembus di dalam beg plastik) 

motif karbon dioksida? sebab sistem pernafasan yang sedang kelam-kabut tu menggunakan oksigen.. tak faham? ok senang ceta camni... ibaratkan, sistem kereta yang sedang beroperasi menggunakan petrol, tetiba kita ganti petrol tersebut dengan diesel... apa akan terjadi dengan sistem kereta tersebut? haa.. anda jawab sendiri, sebab saya xtau, x pernah try wat camtu... haa... dah faham? kalau x faham jugak, maksudnya ceramah saya ni x berkesan...huhu.

Ok sampai sini dulu ceramah saya.. jumpa lagi di lain pos...


p/s: jangan try teknik beg plastik tu kat public.. nanti jadi cam saya, saya bernafas dalam beg plastik kat office, membe2 suma dah risau.. pikir nak muntah la, pening la... yang terharu tu, ada yang prihatin menghulurkan kotak first aid...ohhh...(kalau ada bebudak office yang baca post ni.. mintak mahap noh, aku bukan sengaja...huhu)





Friday, November 9, 2012

How to remove or 'stop following' a blog (especially when we accidentally follow our own blog)

ok i had the same issue before when i accidentally follow my own blog...
so what you have to do is:

1. go to the blog that you follow.

2. click the 'double square icon' on the follower gadget

3. 'sign in' if necessary

4. click 'settings'

5. click 'stop following this site'

6. then stop following.

finish..

konfius lagi? ok2 bawak bertenang... keadaan terkawal..
ikut ja step ni;

1. pegi kat blog yang anda suma follow tu

2. klik kat ikon kotak kecik kat gadget follower tu

3. 'sign in' kalau perlu

4. pastu klik 'setting'

5. pastu klik 'stop following this site'

6. stop following

hah! setel dah, mudah kan?  ok selamat mencuba resipi ni..

Saturday, September 22, 2012

Saya SPM

hai!!! berjumpa lagi kita di laen post...

wahhhh!!! semangat ka? bru publish post, x sampai 10 menet.. publish lagi satu?

wahai tuan-tuan dan puan-puan yang budiman, ingin saya jelaskan di sini, bahawa saya bukanlah seperti yang digosipkan itu.. saya? saja ja nak penuhkan ruang-ruang di dalam blog ni supaya nampak segak sikit... tak gitu?

nak tulis panjang-panjang saya x reti, maklum la SPM... takda apa pon, stakat SPM ja... tu pun SPM dah lama, biasa la kan SPM mana la ada yang baru... SPM, macam dulu-dulu tu... SPM..hmmm...

saya ni bukan la orang yang pandai menulis karangan, jadi sori le kalu terasa meluat dengan post-post di rumah ni ye(terutamanya post ni)... saya ni cuma SPM!

Saya yang sekarang

salam... ok saya tau sawang penuh umah... maklum la dh 2 tahun saya tinggalkan rumah ni...

ZASSS!!!!!!!!

2 tahun yang lepas? saya masih blaja, sekarang? dah kerja dh pon... huehehe... saje singgah rumah ni lepas 2 tahun.. hmm... banyak perubahan, n banyak gak benda yang dah kena sita... antaranya? chatbox(huhu), lagi satu... tracker bergambar untuk orang2 yg datang melawat rumah usang ni...adei nak kena masukkan balik ke? ANDA tentukan! chewah!!! macam la ada orang yang visit blog ni lagi kan? hahaha!!!

eniwei, saya selaku tuan blog ni merangkap ajk kampung d kedah dan secara x langsung merupakan anak bendahari kampung ingin mengucapkan... emm... selamat hari raya haji kot... walaupon err... hah! 2 bulan lagi... x kesah la walaupon awal melampau camni kan? ibarat kata-kata, mencegah lebih baik dari mengubati... hmm(ada kaitan ke?)

tp x kesah asalkan ada orang faham maksud-maksudku yitu... bai, jumpa lagi d laen possst!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^