mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Tuesday, December 4, 2012

Home » , » Short cerpen: Semuts, Belalang dan insectopia.

Short cerpen: Semuts, Belalang dan insectopia.


Pada suatu hari yang hangat, mentari telah memancarkan surianya dikala tiada langsung kepulan awan-awan nano yang memenuhi ruang troposfera ketika itu... maka teriklah pancaran matahari memecah keringat setiap penghuni bumi pada tengah hari sabtu itu...

Tetapi di celah-celah kehangatan mentari itu, kelihatan sekelompok serangga sedang bersiap sedia menghadapi musim banjir.. ada serangga yang berterbangan, ada yang merayap dan ada juga yang berlari...

James, iaitu seekor semut hitam yang tonggek sedang memerhatikan membe2nya memikul lumpur-lumpur kecil untuk membuat kubu banjir.. dia cuma memerhati, langsung tidak menolong, dia adalah seekor semut yang sombong hanya kerana bapanya adalah ketua kampung semut2 tersebut, tetapi kampung yang bernama kampung cindai itu turut mempunyai belia2 yang sangat rajin bekerja tidak mengira siang dan malam...antaranya, fendi.. ryan dan julis...mereka bertiga adalah rakan karib, malah mereka juga dari bukan calang-calang keluarga, mereka juga anak jkkk kampung cindai tetapi tidaklah pula sesombong james...

Lumpur demi lumpur dipikul, keringat diperah.. berkerjasama memotong daun... dan untuk kesekian kalinya, lumpur berganti lumpur, keringat berganti peluh, daun berganti sisa sardin terbuang... dengan itu, hari-hari mereka pun terus berlalu... 

Genap sebulan selepas itu, juga jatuh pada hari sabtu, awan-awan nano mula menampakkan nanonya... tanpa sebarang amaran, hujan turun membasahi bumi yang telah kemarau sebelumnya... pokok2 nan tinggi diulit kencang, melambai-lambai deras di dalam hujan kilat itu... mungkin kerana terlalu gembira? ada juga yang tercabut!

Panik dengan kejadian hujan kilat tersebut, semut hitam 3 serangkai yang sedang bermain bola ketika itu pantas mengerah kesemua penduduk kampung cindai masuk ke dalam kubu kerana mereka dapat mengagak akan berlaku pula banjir kilat selepas hujan kilat tersebut...

Seekor demi seekor masuk ke dalam kubu, tiba-tiba mereka terperasankan james, iaitu semut tonggek yang sombong itu tiada di dalam kubu! maka kalutlah mereka memaki hamun semut sombong itu kerana menyusahkan mereka dan pasukan rukun tetangga...

Hampir pasti agakan mereka bahawa advantage sebagai keluarga jkkk akan tergugat sekiranya si sombong anak ketua kampung itu gagal ditemui, mereka pun berpakat mencari james... "james! james!" fendi dengan suara garaunya memekik nama james... di celah2 hutan kecil pokok juniperus chinensis itu juga, mata bundar si ryan gagal menemukan james... sehinggalah julis yang sedikit bijak bergerak meninggalkan rakan2nya menuju ke tempat yang lebih jauh sedikit, iaitu di sebalik rumput2 jenis japanese pearl grass yang mahal... "hah!!"

Maka benarlah agakan si julis apabila dilihatnya james sedang membongkang tidur di dalam tin sardin, dipercayai james telah memakan sisa sardin sehingga kenyang lalu terlelap di situ... 

hujan semakin lebat, paras air juga semakin meningkat.. tanpa banyak berbicara, julis pun celapak menuju ke arah james, dan tanpa mukadimah yang sesuai, julis telah menampar james yang sedang tidur dibuai mimpi2 sardin... pang!!!!! penangan penampar semut hitam memecah kedinginan hujan...

"Adei.." manjanya si sombong james, hanya dengan sekali penampar terus mengeluh sakit... julis yang melihat perkara itu terasa meluat dan loya tapi bila memikirkan banjir yang akan berlaku sedikit masa lagi, dia gagahi jua menahan meluatnya dan memberiahu situasi yang bakal berlaku itu kepada james.. james yang masih lagi terpinga-pinga hanya mampu tersenyum.. melihatkan keadaan yang tidak berpenghujung itu, julis mengambil kesempatan menangkuk di air yang keruh lalu menampar james buat kali kedua, tetapi selepas itu, julis bingkas bergerak menarik keluar james yang tonggek dari tin sardin(cap king).

Rupa-rupanya terlalu lama julis membuang masa bersama james di dalam tin sardin... air yang derass mengalir sedikit demi sedikit telah merubah struktur geografi tempat tersebut... julis terasa sebak, dia ingin menangis kerana dia sudah tidak dapat mengecam jalan pulang ke kubu. dalam keadaan sebak itu, julis menoleh ke arah james yang berada di sebelah kirinya bertujuan hendak bertanyakan jalan pulang... menoleh sahaja ke arah james, dilihatnya james masih lagi tersenyum terpinga-pinga.. tersentak dengan keadaan itu, hilang sebak di dada kecilnya...

Julis dan james masih lagi kaku di hadapan bukaan tin sardin... semakin banyak titik-titik hujan menerjah permukaan bumi, situasi ini dapat dilihat di sekeliling mereka berdua lalu julis mendongak ke langit melihat awan2 nano yang menghamburkan titik-titik hujan itu lantas menjerit: "why? why??"

Huh! awan-awan nano langsung tidak menghiraukan dua insan yang malang itu.. malah awan-awan nano semakin rancak menonjolkan kuasa dan teknologi nanonya! kemarau telah berlalu maka sekarang pula adalah giliran awan-awan nano mengambil alih kerana itulah fitrahnya...

Julis semakin kecewa, seraya menjerit lagi: "whyyy??? whhhyyyy???? whaat...? the....? thing in the world is that??!! aik? tiba-tiba ayat julis yang last tu mencurigakan? rupa-rupanya julis secara tidak sengaja telah melihat sesuatu ketika dia sedang mendongak mencemuh awan-awan nano yang tidak pun memahami bahasa si julis... tetapi apakah yang telah dilihatnya? 



BERSAMBUNG.... (link part 2 akan diupdate di sini)


p/s: cerekarama ni adalah rekaan aku sendiri, maka bahasa-bahasa yang digunakan datangnya dari idea-idea yang sememangnya aku yang nak wat camtu.. jadi jangan konfius noh.. ha lagi, kalu nak cepat update ke part 2, sila komen kat bawah, insyaAllah aku try wat cepat2 sebab x elok wat orang tertunggu2, tp kalu xda komen, part 2 still akan ada cuma lambat skit la... oleh itu, jangan segan2, wat cam rumah sendiri noh...sekian. kepada pengkritik2 bahasa, diharap anda faham bahawa inilah cara aku berkarya...


2 comments:

Encik Bell said...

mana watak belalang nih? ;)

jojih said...

hahaha! ni ha belalang dah ada lam ruang komen ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^