mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Saturday, December 8, 2012

Home » » destinasi impianku

destinasi impianku

assalamualaikum suma... hai2...(^_~)v

untok pos kali ni, aku nak share la sikit impian aku dengan sesapa sudi baca pos ni atau yang terrr x sengaja terrr baca pos ni...hehe

aku ada satu impian... nak g jalan-jalan ke satu tempat ni, x kisah la dengan keluarga ka, kawan ka, bakal bini ka... tapi rasanya aku lebih bahagia dan gumbira kalau aku leh bawak famili terchenta aku bercuti di sini, cuma aku x mampu lagi...(T_T)
xmau gtau lagi kat mana tempat ni, aku nak korang tengok dulu pic2 yang aku curik dari incik google... Klik kat gamba untuk view yang lagi membahagiakan...(^_^)



























haa.... heaven tak? dah tengok sikit kan preview? ni la switzerland, negara xda laut kat tengah2 europe .. sarukkhan selalu la menari guling2 kat switzerland ni... bagi aku, tempat ni sangat cantik.. maklum la aku ni jenis suka alam semulajadi, aku jugak suka tengok suasana perkampungan di lereng2 bukit.. nak2 lak cantik camni.. memang menusuk kalbu la..

pic2 kat atas ni permandangan dari grindelwald, interlaken, lauterbrunnen, zermatt dan jungfrau... siyes x tipu.. sila tanya incik google.. aku dah selidik abeh dah aih tempat ni (time aku kecik2 dulu lagi)...hehe

x caya jugak pasal research aku? ok aku curahkan sikit ilmu di dada ni...

  1. matawang kat sana guna CHF.. CHF? apakah? CHF tu swiss franc.. sebab pa kalau pendek jadi CHF? haa... yang tu ilmu x sempat nak cari...huhu
  2. malaysian embassy ada kat bern dan geneva(penting ni)
  3. makanan selera orang melayu tobat xda kat sana, cuma ada kebab turki dan nordsee(restoran makanan laut dan nasik), tapi kena pandai2 cari, itu pun kat bandar2 je... so kita kena bawak banyak bekalan makanan dari tanah melayu kalau nak ke sana, kastam derang pun x cerewet dengan bekalan makanan yang kita bawak... tapi berpada2 la.. setakat serunding, brahims suma tu ok la lagi..
  4. transportesyen antara yang terbaik.. sharp on time, antara yang terfamous kat dunia nan fana ni, glacier express dan goldenpass panoramic, khas untuk tourists sahaja...cuma harga makanan dalam train akan naik berlipat kali ganda, better beli makanan ringan sebelum naik train. teksi? amaran kerass!! sebab teksi terrrsangat mahal!
  5. penginapan memang antara yang terbest gak.. bersih.. cuma kalau korang nak book, be sure, tengok betul2 takut nanti korang cuma sewa katil, tapi kongsi bilik dengan orang len.. huu~
  6. bahasa seharian kat sana agak mengelirukan sebab barat swiss cakap perancis, selatan swiss cakap italy, timur swiss cakap jerman... haru kan?
  7. waa~ banyak lagi sebenarnya~ tu x termasuk jungfrau(top of europe), terowong alps 17km yang dikhabarkan mampu memuatkan seluruh warga switzerland kalu ada bencana...banyak lagi! tapi kalu nak tau jugak, jom belanja aku minum.. kita sembang sampai pengsan... haa lagi satu kalau ada apa2 info yang salah di sini, aku dengan rendah ati, mintak tolong betulkan... 
cukup psal info kat atas, aku nak ceta sikit sebab2 aku suka switzerland...
sebenarnya, kalau nak ikutkan cantik banyak je negara lain yang cantik, tapi sebenarnya sebab sentimental value... 

abah aku suka tengok ceta hindustan... suka la dia part guling2 atas bukit tu... jadi makin aku besar, makin aku muda, aku pun terfikir alangkah bestnya kalau abah aku sendiri yang p kat situ guling2.. i'd be the happiest person to see that... jadi muncol la plan2 dasat untuk bawak family aku g ke sana... korang nak tau bajet flight? heh! rm5000 sorang! (itupun time promo) kau mampu? aku tak.... 

so top secret plan dipospon xtau sampai bila... sampai aku n adik beradik mampu kot.. tapi kalu x mampu, kami bawak je ke tempat len yang parents aku suka.. x semestinya switzerland, maybe derang xtau pun tempat guling2 tu sebenarnya switzerland...

Sebut pasal hindustan ni, sebenarnya, aku ni bukannya peminat ceta hindustan.. tapi ni la movie bollywood yang paling2 aku suka, dilwale dulhaniya le jayenge, masih ditayangkan di pawagam di india sejak 17 tahun yang lepas hingga sekarang!! gila ah! dan of kos la ada scene kat switzerland...hehe







p/s: kepada bakal bini(xda calon lagi).. kumpul duit banyak2... kita p switzerland noh...buleh? pastu kita p keukenhof, neuschwanstein castle, scandinavian country, tgk aurora borealis, italy, paris, scotland, london, old trafford, korea, jepun... kuumpul duit lebih2 sikit tau, sebab saya baru ada 2 ringgit dalam tabung...

lagi p/s: kepada owner2 gamba, plis jangan saman aku.. saman incik google, dia la yang menjadi dalang dan petualang dalam urusniaga gamba2 free ni...



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^