mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Monday, June 17, 2013

belog yang xdak personaliti

salam suma...

hehe, aku nak menulis lagi ni... sepatutnya aku nak tidoq dah ni.. tapi tadi tiba2 pak aku balik dari kedai pastu bawak balik nasi bungkus, 'wa' aku bagi.. hmm~ alamatnya terkorban la diet aku ari ni untuk kesekian kalinya... "takpa, esok bleh setat len.."  <--- ayat ni la konon2 pembakar semangat, tapi rasanya lebih kepada nak bagi sedap ati ja...

ok berbalik kepada topik, ish aku rasa belog aku ni haru la... ampa pasan dak? takdak tema langsung.. sesuka hati aku ja tulih apa saja.. sat ke situ, sat ke sini... pening gak la aku pun...

mungkin aku bleh wat blog baru kot nanti, khas untuk pengetahuan am.. sebab aku suka nak tau benda2 yang mengagumkan pasal dunia kita ni, maklum la, kita ni pinjam x lama... rugi la x teroka, walaupun cuma teroka dalam internet..

ok aku dah mati akal, mungkin sebab otak aku dok wat persiapan nak tidoq kot, oklah... aku berenti kat sini ja... gudnite!

p/s: walaupun nampak macam pos yang tergantung.. tapi hakikatnya x... cuma isi ja x sempat nak dikembangkan... huhu... sekian (piawaian aku yang terbaru-takdak gambar = malas) ^_~

Friday, June 7, 2013

like: the odd life of timothy green

salam suma..

heee~~ ni aku nak share 1 movie yang dah jadi antara faveret movie aku...

hehe~ aku ni manusia yang biasa ja, xdak pa yang spesel sangat jadi bahan2 gini ja la yang aku leh guna wat topik... ok sebelum melalut lagi jauh, jum patah balik ke topik asal!

sebenaqnya aku rate sesebuah movie tu sebagai best apabila jalan ceta dia kuat, sountrack best, lokasi penggambaran & cara scene2 tu dirakam kamera cantik(ampa paham dak? aku pun pening nak habaq dah ni!)

dalam kes ni filem ni dah mencapai kriteria2 tu... aku suka la ceta ni, kalau markah 100% aku nak bagi 90%.. bila sesebuah movie tu dah capai tahap best(bagi aku) tu... biasanya kes2 mcm ni aku panggil seni.. sebab berjaya gabungkan tiga2 elemen tu...

ampa tau dak jalan ceta dia? tah xtengok g pa?! ok2 aku story-mory sikit, alkisahnya bila pasangan laki bini ni nak anak sangat2, tapi xdak rezeki lagi.. dah macam2 cara depa buat, sampai la depa dah nak givap.. satu malam ni, depa tulis kat kertas kecik, apa yang depa angan2kan pasal anak depa.. contohnya "rock" "he'll score the winning goal" "love and be loved" dan banyak lagi, pastu kertas kecik ni depa tanam kat laman umah, tiba the magical things pun happened.. lewat malam tu tiba2 cuaca jadi buruk.. dan ada sorang budak tiba2 keluaq dari tanah tempat depa tanam kertas kecik tadi.. budak tu panggil depa mak n ayah dan budak tu jugak menepati suma yang depa tulis kat kertas kecik tu... nama budak tu timothy....

camna ceta seterusnya? ampa tengok sendiri, aku dah penat menaip dah ni... ni ada sikit video aku curi dari youtube...


p/s: ekceli aku taip dulu sinopsis tu sebelum aku curi video ni... rupa2nya dalam video ni dah ada suma yang aku ceta tu.. hmm~ kesimpulannya, penat aku ja la.. tapi takpa la, baru la nampak KEIKHLASAN tu kan? haha... jemput tengok noh.. pemandangan dalam movie ni memang cantik.. sauntrek pun sangat best, aku siap donlod sauntrek full album... tapi kalu ampa xsuka dengan filem ni, jangan salahkan aku, citarasa masing2.. kalu ampa jenis dok gila ceta rembo ka, roki balboa ka.. emm jauh sangat tu dengan ceta ni...

nah amek satu lagu sauntrek filem ni! tajuknya picasso with a pencil.. ada lagi feveret aku antaranya life goes on, love and be loved, cherry on top... dan len2



Thursday, June 6, 2013

lagu iklan astro on-the-go & TM unifi

salam suma..

ni aku nak share sikit hasil research aku ni.. hehe
sejak aku dah balik dok kampung ni, banyak masa aku abehkan dengan tv... dan macam bsa la, bila kita dok tengok tv tu.. banyak la iklan dia... tp dalam banyak2 iklan tu, aku suka iklan astro on the go dan iklan tm unifi sebab lagunya sedap... malangnya aku xtau tajuk lagu2 tu... maka bila dah lama sgt dok tgk iklan tu, lagu2 tu pun dah jadi makin best lak..

akhirnya aku pun cari tajuknya... untungnya bila dah ada orang tanya pasal lagu astro on the go tu di internet, jadi mudah la untuk aku..hehe akhirnya aku jumpa lagu tu kat akaun twitter sapa xtau.. lupa dah..

yang payah sikit lagu iklan tm unifi tu, aku cari x jumpa.. jadi terpaksa la guna teknik lama bila kita xtau tajuk lagu dengan artisnya... caranya iaitu dengaq lirik lagu tu, pastu google.. akhirnya dapat..

yeah!! akhirnya aku dapat dua2 lagu tu lagu astro on the go tu tajuknya shake shake shake by bronze radio return... lagu tm unifi lak tajuknya it's time by imagine dragon... yeah! hepi ending~


ni iklan astro on the go



ni iklan tm unifi tu~

ni videoklip lagu shake shake shake tu.. siyesly aku kagum video best,nostalgik pandai depa gabung video tu.. video ori zaman dulu tu



ni lak videoklip it's time, emm besa ja




frankly, aku lagi suka lagu shake shake shake tu, dan aku makin bertambah suka bila aku tengok videoklip tu...yeah! layan~

p/s: emm.. ampa suka lagu hat mana satu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^