mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Sunday, December 2, 2012

Home » » Sedu: apakah? kenapakah? bagaimana..?

Sedu: apakah? kenapakah? bagaimana..?




Sedu? what is sedu.. sedu ni omputih panggil hiccup.. perkataan hiccup ni wujud sebab bila kita tersedu.. keluar la bunyi hic! hic!

sebab tu omputih panggil hiccup.. ok 'hic' tu kita dah tau tp yang 'cup' tu jangan ditanya sebab saya pun xtau~ 

Bahasa melayu? sebab pa dipanggil sedu? takkan xtau kot.. kita kan orang melayu.. malu la kalau xtau maksud sedu, sedangkan bahasa penjajah tu kita tau plak camna wujudnya perkataan hiccup! hish.. anda-anda ni! ok la, saya bagitau jugak la camna perkataan sedu tu terwujud di mulut kita... ok sebenarnya perkatan 'sedu' tu dari nenek moyang kita, kita ni penyambung ja... jadi memang dari kecik lagi kita dah sebut 'sedu', kadang-kadang 'sedu-sedan'... hmm.. tu la jawapannya.... apa?

ok dah.. kita sambung lagi... anda suma tau sebab pa sedu ni terjadi? ok meh saya copy-paste sikit..

  1. menelan terlalu banyak udara (kepada sesiapa yang suka sangat pergi makan angin, jaga-jaga, nanti sedu..hoho)
  2. makan dengan gelojoh (bawak bersabar, bawak bertenang.. makan slow-slow... takkan lari gunung dikejar... nabi pun makan kunyah lebih 40 kali, yang kita ni baru sekali kunyah terus nak telan tu pahal? takut ayam abeh membe makan?)
  3. berasa terlalu eksaited atau bimbang... 
  4. mengambil alkohol secara berlebihan... ( patut la dalam ceta hindustan dengan ceta hong kong, derang selalu tersedu lepas minum.. jangan korang dok buat drama minum air mineral tersedu plak! haha..)

haa... punca kita dah tau.. jadi? camna nak menghilangkan sedu? penyelesaian mesti la bertentangan dengan punca kan? bijak-bijak...

meh kita susun balik penyelesaian..

  1. menelan sedikit udara?
  2. makan dengan perlahan.. sebijik nasi per saat?
  3. kurangkan keterujaan.. sentiasa muram dan suram?
  4. mengambil alkohol secara berkurangan?
ohh... lain macam ja...? 

Wahai tuan-tuan dan puan-puan yang budiman... salah kesimpulan di atas tu ye.. tu suma ajaran sesat tu...
haa... sebenarnya punca-punca di atas tu yang nenek2 kita yang bagi tau turun temurun... sebab tu la kesimpulannya jadi haru macam kat atas tu.. meh saya copy paste lagi...


Toodia! korang tengok gamba kat atas ni... nampak tak diagfram? bila kita sedut udara, diagfram akan tertarik ke bawah, jadi udara di sedut masuk, apabila diagfram menolak ke atas, udara akan dihembus keluar... begitulah diagfram bekerja secara efisyen..

tapi kadang-kadang sistem diagfram kita juga boleh terganggu berpunca dari perkara2 yang nenek2 kita bagitau tadi tu...maka berlaku la sedu apabila diagfram direntap ketika menyedut udara masuk...udara yang terlalu pantas di sedut tu akan melalui kotak vokal kord, tu yang tetiba hic! hic! tu...

kat sini la kita faham kecelaruan sistem yang terjadi... bagi memudahkan pemahaman, saya sebut ja pola pernafasan yang kelam kabut... jadi? 

korang selesai kan la, buat la apa-apa yang patut supaya pola pernafasan anda tu stabil balik, macam mana nak buat? haa... cipta la teknik sendiri, baru la famous.. saya baru ja pecah rahsia dunia ni.. takda orang lain yang bagi kesimpulan cam saya tau...kekeke... ok setengah orang minum air, sesetengah lagi cuba sendawa, ada jugak yang tahan nafas.. macam-macam la... tapi apa yang saya perasan teknik2 ni punya satu misi yang sama iaitu mengganggu sistem pernafasan yang sedang kelam kabut tu... so pilih la teknik-teknik mana yang anda nak.. 

hihi... ok satu ja cara yang saya amalkan, sebab memang berkesan... ambik beg plastik, tekapkan di mulut dan bernafas dalam beg plastik tu dalam 2-3 minit, sampai rasa macam 'ok tenang dah'... tujuan? haa.. mesti la kena tau sebab bernafas dalam beg plastik kan, nanti belajar ilmu x abis, x berkesan lak.. tujuannya adalah untuk menyedut karbon dioksida(bernafas kembali dengan udara yang telah kita hembus di dalam beg plastik) 

motif karbon dioksida? sebab sistem pernafasan yang sedang kelam-kabut tu menggunakan oksigen.. tak faham? ok senang ceta camni... ibaratkan, sistem kereta yang sedang beroperasi menggunakan petrol, tetiba kita ganti petrol tersebut dengan diesel... apa akan terjadi dengan sistem kereta tersebut? haa.. anda jawab sendiri, sebab saya xtau, x pernah try wat camtu... haa... dah faham? kalau x faham jugak, maksudnya ceramah saya ni x berkesan...huhu.

Ok sampai sini dulu ceramah saya.. jumpa lagi di lain pos...


p/s: jangan try teknik beg plastik tu kat public.. nanti jadi cam saya, saya bernafas dalam beg plastik kat office, membe2 suma dah risau.. pikir nak muntah la, pening la... yang terharu tu, ada yang prihatin menghulurkan kotak first aid...ohhh...(kalau ada bebudak office yang baca post ni.. mintak mahap noh, aku bukan sengaja...huhu)





6 comments:

Unknown said...

Herm masalah saya pulak, saya sebelum sendawa selalunya akan tersedu sekali. Pelikla :/

Unknown said...

Herm masalah saya pulak, saya sebelum sendawa selalunya akan tersedu sekali. Pelikla :/

Unknown said...

saya sedu sejak semalam.. dah stress dah.. tido pun masih sedu dah kenapa.. google hari ni, baca2.. tahan nafas utk 5-10saat.. eh eh? mcm dah hilang plak sedu.... syukur alhamdulilah.

Unknown said...

OK...da baca..suamI saya selalu sedu..dgn tiba2..Dan slpas mkn...mungkin sye bole slsaikan.. tenkiu

jai said...

Betoi la menjadi tq

jai said...

Betoi la menjadi tq

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^