mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Saturday, October 26, 2013

Kesian blog: apabila tiba musim mengai....

Huehehe... Salam suma...

Ekceli aku kesiankan blog aku ni terbiar usang... Jd untuk kali ni aku nk update sikit dgn karya2 aku ni...

Karya jenis pa? Karya fotografi.. Aku x edit okeh... Foto2 ni suma natural...

Mcm yg aku penah ceta dulu, abah aku kn ada kalender tahunan stail dia sendiri, jd dlm kalender dia.. La ni musim mengai atau memancing atau menjoran atau dan atau...

Jd aku amek kesempatan folo dia n mak aku p mengai... Hasilnya depa p mengai dpt ikan, aku p mengai dpt gamba, enjoyy!!!













Dalam kesibukan musim mengai ni... Tiba2 ada plak musim lain sibuk nak mencelah gak... Nak tumpang glamer... Oklah aku bagi can, nih kat bawah... Enjoyyy!!!






Camna? Menarik tertarik dak? Haha!! Kampungku terchenta!!!!!


P/s: dah lama x menulis.... Aku rasa aku dah hilang kuasa... Aku cam dah xreti nak tulis ja... Hmm








Tuesday, September 24, 2013

ohoooohoi!

salam suma,

dah lama x update, terharu gak sebab SEO x melupakan aku.. huhu..
ok apa ceta terbaru aku? heh! aku baru balik dari kursus etika staf baru.. ohhh, depa penaya kami!!! bunyi macam kesah sedih, tapi sebenaqnya lagi teruk... depa nak test mental kami, depa wat kami rehat x cukup.. nsib bek aku dah besa dok lam situasi ni waktu plkn dulu..

bab sunburn ni toksah nak tanya la, sun tu sampai xlarat nak burn dah! hins hins hins!!

aku sampai bau hangit, nak2 plak bila awai2 nak bertolak tu lagi dah kena naya dgn membe, cetanya bila aku lewat nak p ke tempat berkumpui bas tu, waktu otw aku sms membe aku, "dah sampai ka?" dia kata "aku x p.."

mak aihhh!!!! terkejut aku, aku xtau nak kontek sapa dah tkut tertinggal bas, jadi untuk smpai cepat ke destinasi, aku tggalkan plan asal utk singgah kedai bli sabun mandi,syampu n ubat gg T.T

sesampai d tempat berkumpui tu, tgk2 membe aku ada, sambil tersengih..sendu gila sengih dia! bas pun dok ada lagi, bertolak setengah jam kemudian~~~ akhirnya penganiayaan ni berakhir dgn tragedi mandi kerbau selama 4 ari (~.~) KECUALI ubat gg ja yang aku mampu pinjam, hat len xgamak dah~

moral of the story: sentiasa update blog anda...

piawaian sirim: gambar membahayakan kesihatan cpu.. 

Monday, June 17, 2013

belog yang xdak personaliti

salam suma...

hehe, aku nak menulis lagi ni... sepatutnya aku nak tidoq dah ni.. tapi tadi tiba2 pak aku balik dari kedai pastu bawak balik nasi bungkus, 'wa' aku bagi.. hmm~ alamatnya terkorban la diet aku ari ni untuk kesekian kalinya... "takpa, esok bleh setat len.."  <--- ayat ni la konon2 pembakar semangat, tapi rasanya lebih kepada nak bagi sedap ati ja...

ok berbalik kepada topik, ish aku rasa belog aku ni haru la... ampa pasan dak? takdak tema langsung.. sesuka hati aku ja tulih apa saja.. sat ke situ, sat ke sini... pening gak la aku pun...

mungkin aku bleh wat blog baru kot nanti, khas untuk pengetahuan am.. sebab aku suka nak tau benda2 yang mengagumkan pasal dunia kita ni, maklum la, kita ni pinjam x lama... rugi la x teroka, walaupun cuma teroka dalam internet..

ok aku dah mati akal, mungkin sebab otak aku dok wat persiapan nak tidoq kot, oklah... aku berenti kat sini ja... gudnite!

p/s: walaupun nampak macam pos yang tergantung.. tapi hakikatnya x... cuma isi ja x sempat nak dikembangkan... huhu... sekian (piawaian aku yang terbaru-takdak gambar = malas) ^_~

Friday, June 7, 2013

like: the odd life of timothy green

salam suma..

heee~~ ni aku nak share 1 movie yang dah jadi antara faveret movie aku...

hehe~ aku ni manusia yang biasa ja, xdak pa yang spesel sangat jadi bahan2 gini ja la yang aku leh guna wat topik... ok sebelum melalut lagi jauh, jum patah balik ke topik asal!

sebenaqnya aku rate sesebuah movie tu sebagai best apabila jalan ceta dia kuat, sountrack best, lokasi penggambaran & cara scene2 tu dirakam kamera cantik(ampa paham dak? aku pun pening nak habaq dah ni!)

dalam kes ni filem ni dah mencapai kriteria2 tu... aku suka la ceta ni, kalau markah 100% aku nak bagi 90%.. bila sesebuah movie tu dah capai tahap best(bagi aku) tu... biasanya kes2 mcm ni aku panggil seni.. sebab berjaya gabungkan tiga2 elemen tu...

ampa tau dak jalan ceta dia? tah xtengok g pa?! ok2 aku story-mory sikit, alkisahnya bila pasangan laki bini ni nak anak sangat2, tapi xdak rezeki lagi.. dah macam2 cara depa buat, sampai la depa dah nak givap.. satu malam ni, depa tulis kat kertas kecik, apa yang depa angan2kan pasal anak depa.. contohnya "rock" "he'll score the winning goal" "love and be loved" dan banyak lagi, pastu kertas kecik ni depa tanam kat laman umah, tiba the magical things pun happened.. lewat malam tu tiba2 cuaca jadi buruk.. dan ada sorang budak tiba2 keluaq dari tanah tempat depa tanam kertas kecik tadi.. budak tu panggil depa mak n ayah dan budak tu jugak menepati suma yang depa tulis kat kertas kecik tu... nama budak tu timothy....

camna ceta seterusnya? ampa tengok sendiri, aku dah penat menaip dah ni... ni ada sikit video aku curi dari youtube...


p/s: ekceli aku taip dulu sinopsis tu sebelum aku curi video ni... rupa2nya dalam video ni dah ada suma yang aku ceta tu.. hmm~ kesimpulannya, penat aku ja la.. tapi takpa la, baru la nampak KEIKHLASAN tu kan? haha... jemput tengok noh.. pemandangan dalam movie ni memang cantik.. sauntrek pun sangat best, aku siap donlod sauntrek full album... tapi kalu ampa xsuka dengan filem ni, jangan salahkan aku, citarasa masing2.. kalu ampa jenis dok gila ceta rembo ka, roki balboa ka.. emm jauh sangat tu dengan ceta ni...

nah amek satu lagu sauntrek filem ni! tajuknya picasso with a pencil.. ada lagi feveret aku antaranya life goes on, love and be loved, cherry on top... dan len2



Thursday, June 6, 2013

lagu iklan astro on-the-go & TM unifi

salam suma..

ni aku nak share sikit hasil research aku ni.. hehe
sejak aku dah balik dok kampung ni, banyak masa aku abehkan dengan tv... dan macam bsa la, bila kita dok tengok tv tu.. banyak la iklan dia... tp dalam banyak2 iklan tu, aku suka iklan astro on the go dan iklan tm unifi sebab lagunya sedap... malangnya aku xtau tajuk lagu2 tu... maka bila dah lama sgt dok tgk iklan tu, lagu2 tu pun dah jadi makin best lak..

akhirnya aku pun cari tajuknya... untungnya bila dah ada orang tanya pasal lagu astro on the go tu di internet, jadi mudah la untuk aku..hehe akhirnya aku jumpa lagu tu kat akaun twitter sapa xtau.. lupa dah..

yang payah sikit lagu iklan tm unifi tu, aku cari x jumpa.. jadi terpaksa la guna teknik lama bila kita xtau tajuk lagu dengan artisnya... caranya iaitu dengaq lirik lagu tu, pastu google.. akhirnya dapat..

yeah!! akhirnya aku dapat dua2 lagu tu lagu astro on the go tu tajuknya shake shake shake by bronze radio return... lagu tm unifi lak tajuknya it's time by imagine dragon... yeah! hepi ending~


ni iklan astro on the go



ni iklan tm unifi tu~

ni videoklip lagu shake shake shake tu.. siyesly aku kagum video best,nostalgik pandai depa gabung video tu.. video ori zaman dulu tu



ni lak videoklip it's time, emm besa ja




frankly, aku lagi suka lagu shake shake shake tu, dan aku makin bertambah suka bila aku tengok videoklip tu...yeah! layan~

p/s: emm.. ampa suka lagu hat mana satu?

Monday, May 27, 2013

"trauma" menghantui

salam...

"trauma yang melanda, menikam-nikam jiwa~"

ish dok terngiang2 lak lagu tu, lagu trauma dari elite.. tapi kali ni bukan elite yang nyanyi.. tapi kyoto protocol..

kesahnya bila aku x sengaja tertengok ulangan versus 2... x penah tengok versus 2 sebelum tu... sekali dengaq sedap pulak! xpasal2 dok menghantui aku sampai arini, maklum la aku ni peminat band, even aku sendiri pun drummer...

cekidaut, trauma yang menghantui aku..







ada lagi persembahan yang best2 dari band2 len tapi trauma ni ja yang mampu sampai kat aku, yang len pun hebat2 gak tapi sekadar hebat n mengagumkan sekelip mata tu ja la, x kekal n x singgah lama kat aku yang rok ni!

ehem! esok dah setat prektis koir... alamak aii.. gua koir beb!

p/s: rok bukan kat sini, tapi kat dalam ni... APA KHABAR MANJOIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 21, 2013

koir pulakkk...

salam suma...

"merujuk perkara di atas.. dukacita dimaklumkan, anda secara paksarela disenaraikan di dalam koir, jemaah2 koir akan bersidang minggu depan!"

ish2.. kejadian apakah ni? aku kena join koir wehh!! sedap ka sora aku? huh!! dak langsung! sandwich lagi sedap! tapi kerana aku ni sebagai staff baru.. maka nama aku pun ada la kat situ! huhu

bukan niat aku nak jadi artis atau femes.. tapi nanti kalu aku wak keluaq album, ampa beli noh..

yang bestnya, bos pentadbiran ni memang terer.. awai2 lagi dia dah cakap " kalau kalah tu perkara biasa la, kalau menang tu yang luaq biasa" hmm.. yalah, dah dia dah cakap mcm tu, aku yang sora mcm katak ni xleh nak kata pa dah la... pasrah ja laa~~

tunggu la nanti ofis ni nak ujan tera mana...

sekian, salam koir...T.T

Sunday, April 14, 2013

sepanjang jalan kenangan...

salam,

aku baru balik dari perak, dengan geng2 ofis aku, kiranya kami suma 5 orang.. huhu, tenkiu la sebab sudi teman, sampai ja aku kat sana, memang macam2 karenah la... macam budak2 oo... hahah!!! xtau la depa meluat dengan aku tahap apa.. tapi tenkiu sanggup teman, walaupun trip ni bosan..

actually aku dah gtau kat salah sorang membe aku, trip ni bosan sikit sebab aku nak p jalan2 tempat yang aku blajaq dulu... tapi dah sanggup katanya, jadi kami pun p la... mula2 singgah ipoh umah kak membe aku, pastu aku memberontak nak p gerbang malam, xleh nak watpa dah, kami pun p klu 11.30malam.. ahahah!!! abeh ja p gerbang malam, sampai umah terus padam! kul 2pagi!

pagi esoknya(tadi) bertolak p lumut... sepanjang jalan ke lumut tu, dapat la aku tengok tempat permainan aku masa muda2 dulu... huhu nostalgia, dah 4 tahun.. banyak yang berubah... sepanjang jalan, teringat macam2 kenangan, tertinggal bas, pastu balik jalan kaki ke kampus, haha! pastu tempat jamming dulu pun dok ada lagi.. nostalgianya...

lepas tu sampai d lumut.. aduh! pun nostalgia gak! tempat kami dok lepak sampai pagi.. tapi lumut x banyak berubah still macam 5 tahun yang lepas cuma seri manjung tu ja yang dah banyak berubah..

endingnya kami p teluk batik, berenang punya berenang! tergoda lak dengan banana boat! nah!! handaih banana boat sedaih!! gila ah bot tu campak kami!!! waktu nak naik banana tu eksaited! bila dah naik tu rasa menyesal, bila kena campak tu lagi rasa menyesal! tapi bila suma dah abeh, baru rasa best.. huhu..

selesai ja suma tu, lebih kurang kui 4 lebih, kami pun p makan sebelum bertolak balik ke kl... waktu on d way balik tu, kami lalu ikut jalan apa xtau! cantik! lawa gila, kiri kanan macam padang, kat depan lak bukit panjaannngggg saujana mata memandang... tengok signboard, ke tanjung malim, aku tanya membe aku.. yang xdak sorang pun asal daripada situ, depa jawab bidor.. ooo~ lawa, tapi memandangkan jalan ni ke tanjung malim, mungkin bukit panjang kat depan tu sebenarnya banjaran titiwangsa(kata si dia, once upon a time..) rindu lak rasanya~ ok berbalik pada topik!

lebih kurang kui 8-9 malam baru kami sampai umah~ hujung2 camtu pun ada lagi serangan2 psikologi supaya aku stay, n xamek gomen tu.. haha!! tau dah depa melawak, tapi ayat2 depa tu yang xbleh blah! hahaha...

k tu ja aktiviti aku sebelum aku balik kedah esok iaitu isnin malam...huhu

p/s: sori xdak gamba sebab, fon aku koman, xdak kamera...

Friday, April 12, 2013

menghitung hari...

salam...

aku ni tengah menghitung hari untuk balik kampung n keja kat kedah... seriously aku x eksaited langsung~ sebab aku sayang nak tinggai depa2 kat sini...

arini aku sibuk dok plan apa yang aku nak buat dalam masa terdekat ni, maklum la, isnin dah nak balik kedah.. selasa esoknya dah setat keja gomen.. jadi aku try nak abeskan masa aku kat sini sebaik-baiknya..

oleh itu, aku n the geng sepakat nak p ipoh esok! sebenarnya kalau nak ikut plan asal, aku dengan kawan aku 2 orang ja, kami nak p lumut, melawat tempat kami penah study dulu, jadi kami x ajak membe len sebab takut depa boring, sebab bukan kampus depa kan.. hehe.. sambil p lumut, plan nak singgah tengok shiro... 6hb april lepas.

tapi tiba2 x jadi sebab rahsia terbongkar.. jadi ramai yang sudi nak ikut, last2 x jadi p lumut, kesian kat depa takut boring jadi kami pilih p ipoh ja pada 12 april ni iaitu esok, mungkin ahadnya p lumut jugak kot... rupa2nya trip ipoh ni trip last kami sebelum aku p keja gomen... ayoo~~~ sedih, tapi takpa la... lenkali kami keluaq len...

sebelum ni kami ofismate dah sampai langkawi dah! trip kedua ni la trip ke ipoh, x sempat untuk trip kerang bakar johor.... huhu

Thursday, April 11, 2013

tinggallah kasih, tinggallah sayang..

salam...

huhu.. aku skang tengah menghitung hari ni~ keputusan muktamad sudah dibuat..huhu walaupun banyak yang terpaksa aku korbankan... huhu, kalau x kerana mak n abah.. aku rasa aku x ambik kerja tu, walaupun hakikatnya kerja government...

skang memang aku keja swasta, tapi aku suka, salah satu sebabnya, gaji lagi tinggi, banyak peluang... dan semestinya kawan2 yang bersusah senang n bersusah payah sama2... huhu

huu~ nanti 16hb april aku akan melangkah ke gerbang warga gomen, x tau nak expect apa... semoga dipermudahkan urusan~ huhu... walaupun aku x suka pakai semat2, tuck in, rambut pendek, bangkit awal dan sebagainya... terpaksa la aku tempuh! hish nyesal gak x cari calon awal2... kalau la aku dah cari awal2, lagi mudah aku wat keputusan, kalu dia gomen, bleh la aku swasta, kalu dia swasta kompem aku akan rebut peluang keja gomen ni...

apa2pun, keputusan akhir dah dibuat.. semoga jalan yang aku pilih ni adalah jalan yang terbaik yang Dia bagi untuk aku! amin~

Friday, April 5, 2013

di persimpangan dilema

salam...

ok baru semalam aku privatekan blog... ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah ari... hahah!! bleh pakai ka?

aku ari ni dapat berita yang sangat mendilemakan~~ huhhuhuhuhuhuu~~~
pagi tadi abah aku kol, dan berita yang sangat mengejutkan~ aku ditawarkan bekerja d sektor kerajaan~~ aduh!! haru la~ memang la sebelum ni aku pi interview tapi, harapan untuk dapat keja tu bleh kata 0% lah time interview tu!
tetiba lak bleh... heran aku! mesti guna kabel!! kompem!!!

dulu~ bila aku pikir yang x mungkin dapat.. terus aku set otak untuk fokus keja aku skang~ dan rsanya aku dah makin nampak ja arah tuju... lagipun kalau aku p gomen, otomatiknya aku dah downgradekan gaji aku.. huhu~ tapi kita suma tau byk kelebihan keja gomen... dan sekarang aku kompius!!! helep2!!

tapi kalu aku keja gomen tu, kompem2 aku dekat dengan kampung halaman... hmmm~~~ kritikal2!!!
dah tu kena wat keputusan cepat lak tu, panggilan, 16hb april! huhuhuhuhu.... aku xcukup masa nak wat keputusan, x sempat nak makan pun! huhu~

sampai sini saja dulu, petang yang menggila!



tapi apa kaitannya dengan lagu ni? tajuk ja? oh konfius2!!!

Thursday, April 4, 2013

sesi kemaih bilik!

skang masih lagi dalam mood private...

huehehe... aku ni sebenarnya jenis x banyak sangat bercakap di luar, sebab tu bila masuk sini... kalau bleh, rasa macam nak tulih x berenti! huahahah!!

ok, aku baru lepas kemas bilik, bilik pun dah macam sarang tikus... nak2 lak bila roomate memang bela hamster... hmm~ memang padan sangat la.. haha!!

aku memang terasa seronok sangat arini, rasa ringan ja... sebab tu laju ja update blog... hehehe!!!

jadi apa lagi aku nak tulih ni? hmm~ rasa nak tulih... tapi xdak idea... mgkin sampai sini ja dulu kot...

jumpa lagi belog!!!

Friday, March 15, 2013

samat ari jadi untukku!

hepi belated birthday...

huhuhu... lama x singgah sini, aku sebok sangat2!! keja makin banyak! baru2 ni arijadi aku, 12/03/88...
aku x cover umo hokey! tapi ampa kira sendiri la bopa umoq aku.. heee~~ jadi untuk menghiburkan ati yang slalu sebok... aku letak sini info2 yang ada kena mengena dengan tarikh lahir aku.... hahahaha! untuk bersuka ria ja okey... susah payah depa wat kajian woo~~

Warna buah limau (Lime) 
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.


6 Sifat Zodiak Pisces Paling Istimewa
Ditulis oleh Shuwat Liong  October 9, 2012 Lifestyle

WiMiU – Sifat Pisces yang paling menonjol adalah dia seorang yang pendiam dan bisa mencintai tanpa syarat. Zodiak dengan periode 19 Februari-18 Maret ini memiliki beberapa sifat yang sangat unik.
Yuk, kita ikuti 6 sifat zodiak Pisces paling istimewa di bawah ini.

1. Penuh Kasih Sayang
Penuh kasih sayang adalah sifat Pisces yang paling menonjol dan salah satu sifat pisces terbaik yang dimiliki zodiak ini. Pisces memiliki sifat pemaaf yang luar biasa, hal itu membuatnya banyak memiliki teman. Pisces adalah orang yang romantis di dalam percintaan, membuatnya banyak disukai lawan jenis.
Jangan pernah berusaha mengambil keuntungan dari sifat penuh kasih sayang Pisces ini, karena bisa saja Anda menyakitinya dengan diam-diam tanpa Anda ketahui, dan apabila hal itu terjadi maka pisces lebih memilih Anda untuk berubah daripada melihat Anda pergi meninggalkannya.

2. Menenangkan
Bisa menenangkan adalah bawaan dari sifat Pisces yang terbaik. Seorang Pisces akan selalu tenang dalam menghadapi situasi yang paling genting sekalipun, hal tersebut akan membuatnya dapat berfikir dengan jernih.

3. Bertanggung Jawab
Zodiak pisces adalah karakter yang bertanggung jawab, dia akan selalu senantiasa menyelesaikan tugas yang dibebankan kepada dia dengan sepenuh hati.
Sifat Pisces yang satu ini memang tidak terlihat pada awalnya, tapi semakin lama Anda mengenal orang Pisces, maka Anda akan melihat dia sebagai sosok yang penuh tanggung jawab.

4. Kreatif
Kreatif adalah karakteristik Pisces yang juga dominan diantara sifat Pisces lainnya. Dia menyukai hal-hal yang berbau seni, mendorong dirinya untuk mencintai keindahan. Kerajinan tangan adalah salah satu keahlian yang banyak dimiliki orang dengan zodiak Pisces.

5. Intuitif
Intuitif adalah kemampuan psikis yang lebih dikenal dengan sebutan firasat. Banyak orang-orang Pisces memiliki kelebihan pada firasat mereka, tidak jarang hal-hal yang mereka katakan bisa menjadi kenyataan pada keesokan harinya.
Indera keenamnya yang sangat peka akan lingkungan membuatnya dapat menerka apa yang akan Anda lakukan berikutnya.

6. Ramah dan Sopan
Sifat Pisces lainnya adalah dia memiliki kepribadian yang ramah dan hangat. Tidak heran karena kepribadiannya itu membuatnya banyak disukai lawan jenisnya.
Apabila Anda memiliki pasangan dengan zodiak Pisces maka jangan ragu untuk membawanya bertandang ke rumah Anda dan mengenalkannya ke orang tua Anda, keramahan dan kesopanannya akan membuat orang tua Anda cepat menyukainya.



hahahah!!! tersenyum2 kembang gak aku baca kajian depa ni, tapi ampa jgn dok layan sangat laa~ kajian depa x semuanya betui... aku tau la sebab aku sebenarnya lagi hebat daripada apa yang depa gitau tu! heheheh(gelak riak) wekkkk!!!!!

dah letih baca, meh kita tengok video plak.. tapi sebelum tu, aku nak tau, ampa penah dak tengok iklan raya ni? antara iklan feveret aku.. nah! aku tepek kat bawah, point aku di sini, aku suka iklan ni sampai bekground muzik dia pun aku suka... bila aku cari2... baru aku tau lagu tu sebenarnya lagu ari jadi... hahahah!!! jadi nampak dak kesinambungan iklan raya tu dengan pos aku ni? hahaha!!! xcaya? meh kita tengok!!



ni le iklan raya tu~



haa~ hat ni la lagu bekground iklan ataih tu~



tetiba mood raya mai plak, salah musim ni! ishh!!! haru dah laa~

ni kek yang ofismate aku bagi~ tenkiu2... aku terharu~  (T_T) sori aku tak letak gamba aku skali, gua  x ensem beb!


p/s: sori takdak link artikel... kalut sangat! ai yem beri2 sori.. plis don su mi... plis2!!!

Wednesday, January 30, 2013

touching moment

salam suma...

lama x update, hehe... rilek la.. bukan ada orang nak baca pun... hehe, ok kali ni aku nak share sikit gamba2 aku petik dari sini http://en.fishki.net/  bukan niat nak kopi semata2 tapi nak share ja... aku dah letak link tu ampa leh la p melawat web ori dia noh..

sebagai mukadimah, aku nak share gamba ni, sebab aku ni orang seni(claim diri sendiri) aku suka lukih, aku suka muzik, aku pencinta alam, aku suka fotografi... dan untuk post ni, aku nak share pasal fotografi..

aku sangat suka foto2 yang banyak makna, contohnya sekeping gamba yang mampu buat kita termenung berfikir sepanjang ari... aku suka gamba2 gitu.. ya la, sapa yang x suka kan~ haha!!

ok xmo melalut panjang2, ampa layan ja gamba2 ni noh.. credit to http://en.fishki.net/

sebelum tubukak dulu background muzik untuk post ni... mana tau kot2 kita suma sejiwa, aku ni tiap kali tengok gamba2 tacing gini, mesti  aku tringat lagu ni... huhu~~~




jum gegamba laks..
1. Hope dies last. Photographer - Zilvinas Valeika.

2. Cat's House.

3. Extreme. One of the best photos according to the Red Bull Illume 2010.

4. Ordinary Miracle. The little boy is going to ask Santa for his father to return from Iraq. He does not know that his wish will come true right now ...

5. "Thank you" to veterans. Photographer - Roman Balaev.

6. Feats are priceless.

7. A faithful friend.

8. Russian forest. This picture consists of 365 photographs that were made each day from the same place.

9. The flow of time.

10. Neighbors.

11. Japan.

12. Mother.

13. The future artist.

14. Farewell.

15. Grandma's care. 

16. Ku-ku.

17. Love knows no age. The celebration of March 8 in Belgrade.

18. Smoking is bad for you.

19. Forests of giant sequoia.

20. My friend. "My 3-year-old son Charlie, - says the author of the photo Blake Zickefoose, - made ​​friends with this caterpillar and named it worm-dog."

21. Man is a friend for a dog.

22. Downhill of life.

huhuhuhu~ apa pendapat ampa... ampa tacing gambaq hat mana? xbanyak yang tacing tapi bermakna~~


p/s: ampa kalau tengok laju2 sepintas lalu memang xdak pa... tengok slow2.. tengok makna di sebalik setiap moment tu... huhu~~

Monday, January 21, 2013

weekenders: menawan puncak tok wan


salam suma...

semalam aku p panjat gunung tokwan, dan untuk seharian arini, aku berjalan macam robot...

ahh ketepikan robot2 suma tu, aku nak ceta pengalaman nih!! huahaha!!!

ari jumaat yang baru lepas ni, aku p umah akak aku kat kajang.. p menyembang dengan depa, lama x jalan sana, lagi satu sebab aku kempunan nak makan masakan air tangan family, siyes wehh bukan rindu masakan lagi dah! memang tahap kempunan siyesly.. dan dengan heavennya aku melantak makan pada ari sabtu keesokannya... huh!! lepas ja kejadian perlantakan tu, aku pun bergulung la depan tv, layan "running man" yang aku donlod... sampai la malam~

bila dah dekat kul 11, baru la menggeliat nak balik umah sewa sebab plan nak panjat gunung tok wan, kena gerak kul 3 pagi.. tup2 sampai umah sewa kul 11.45 malam, mata dok terbeliak lagi.. ah sudah! satgi nak bangun awal... xtau nak watpa, men biola sat.. sedaq2, kui 1 pagi.. tuudia baru kalut paksa tidoq sat.. akhirnya terlelap jugak!

tiba2. housemate aku kejut! suh bersiap nak p.. aku tengok jam.. kul 2.15 pagi... OMG! siyes tidoq aku xcukup... maka dengan mata yang berlapis2 aku p mandi, bersiap.. then kami gerak kul 3.15 pagi... tggu geng2 len kat petronas, lambat pulak! janji nak konvoi kui 4, last2 kui 5 baru konvoi... rugi masa tidoq aku, rugi2!!

gedebak gedebuk gedebak! kami pun sampai kat kaki bukit broga.. agak eksaited sebab first time, aku gigih bawak beg, membe aku pesan jangan bawak barang banyak, nanti xlarat, tapi aku bawak jugak 2 botol ayaq mineral hat besaq...

kami pun naik bukit broga, ok takda masalah sangat... sesampai ja kat puncak broga, kami smayang subuh dulu, best la time tu, jemaah ramai2 berbumbungkan langit, di puncak bukit.. cantik gila!!!

sempat gak aku bersesi fotografi, tapi sedaq2 ja dah nak cerah dah, apa lagi, kalutt la p kat puncak broga yang paling tinggi pada paras 400m, nak tengok sunrise~ nasib bek sempat... cantik gila!!!

setel ja broga, kami pun berkumpui untuk menyambung ekspidisi ke gunung tokwan...

nak naik gunung tokwan, jalan dia dari puncak broga.. perbezaan gunung tokwan dengan broga, broga xda pokok, ada lalang2 ja... tapi gunung tokwan ni hutan 100%...  tokwan tanam kot!

mula2 nak setat tu leh tahan g.. jalan sat naik bukit(mula dah!), pastu turun balik, pastu naik pulak, turun..naik turun...naik! tidakk!!! bleh mental aku! yang menyeksakan hati dan perasaan ni, kita tgh naik nie!! ingatkan akan terus naik sampai puncak.. alih2 tengok depan kena turun, dah tu bukan turun sikit.. banyaakkkk!!! yang beg ni pun mula la dok jadi berat, altitude punya kerja.. 2 botoi tu terasa seksa sangat!!

hap hap hap!!! dok semput, akhirnya sampai jugak ke puncak gunung tokwan pada paras 675m... huhu, kalau nak diikutkan, gunung tokwan ni kira rendah sebab x cecah 1000m pun, gunung kinabalu nun 4000m!! bopa kali ganda dari gunung tokwan, ampa kira la sendiri~ huhu

sesampai ja kat atas, ada la sesi berkenalan sikit antara ahli kelab. rehat sat dalam 45menet, mula la sesi turun plak... waktu nak turun tu, ingatkan makin senang, rupanya sama teruk ja.. sebab effect waktu naik tu kot.. jalan sikit berenti, jalan sikit berenti, ingatkan aku akan menetap kat gunung tu teruih dah.. dah penat sangat nak turun...huhu.

antara pengalaman yang aku takleh lupa, bila aku selisih dengan pakcik ni, time aku turun tu, dia tengah naik.. kagum la aku tengok, sebab dia sorang2~ takpa la, pastu abaikan ja... tiba2 waktu aku turun dah sampai broga, pakcik tu kat blakang aku weh!!! gila ah laju!!!

terkejut-kejutan la aku sat, pastu teruih aku tanya, "tadi naik sampai ke puncak tokwan ka" dia kata "ha" gila ah! aku pun interview la~ sembang punya sembang.. rupanya2 umoq dia dah 62, pendaki tegar katanya.. penah panjat gunung fuji kat jepun.. ni ha blognya, memang legend! haji meli

kesimpulannyaaku x bopa suka, sebab ramai yang suka rushing.. mungkin nak tunjuk kata depa hebat panjat gunung.. kalut panjat laju2, kalut turun laju2... kadang2 aku terpikir.. untuk apa motif depa ni? nak catat rekod la kot! oh!! sangat x kena dengan aku, aku masuk hutan sebab nak tengok alam semulajadi.. nak tengok keunikan yang jarang aku bleh tengok... yang jadi konfliknya sebab aku terpaksa gak turun cepat2 sebab p sebagai team... oh kecewa gak la.. x sempat nak betul2 menikmati keindahan alam... mungkin len kali ja la.. huhu

akhirnya ni di antara koleksi yang sempat aku snap... huhuxcukup sebenarnya...T_T

ni waktu kami baru sampai kat puncak first broga..
untuk smayang subuh

tengah amek ayaq smayang


depa ni suma tgh menuju ke puncak broga ke 2
kesusahan untuk sampai puncak paling
tinggi broga

dah sampai ke puncak broga
yang paling tinggi

sempat tengok sunrise

cantik gila dapat tengok depan mata
bergambar sebelum mula panjat gunung tokwan,
 latar belakang tu la jalan ke gunung tokwan, aku xda kat sini.. jdi fotografer

maka pencinta alam pun berkarya... buah apa xtau..
membe aku selambe makan.. bleh makan katanya..


ni membe aku snap kot.. cantik gak!

gojes2!!

pokok ni akar menjalar sampai ke atas!
pokok ni cantik gak!
ni view dari puncak broga lepas kami turun dari
gunung tokwan
gua mampu tunjuk gambaq kasut gua ja, segan nak
letak gambaq sendiri.. gua x hensem beb!


p/s: broga memang cantik.. sapa yg x penah p... sila p... gunung tokwan tu ekstrim sikit bagi yang amatur cam aku ni, tapi bleh ja nak sampai.. jangan kalut2.. rilek2 ja baru best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^