mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Monday, January 7, 2013

Home » » suatu ketika: toyol

suatu ketika: toyol

salam suma... samat petang~

TOYOLLLL.... DIA DATANG PADAKU BERLARI-LARI!!!!!!

tuudia! intro!! gempak dak? stail masuk lagu truih!!! hahaha!

tuan2 dan puan2, saudara dan saudari... aku selaku penghuni rumah usang yang semak ni nak ceta pengalaman aku sendiri~~ hmm~ nak kata pengalaman seram tu, xtau la sebab aku x rasa seram pun... tapi masuk akal la sebab aku ni memang sorang yang berani... ampa kalau baca pos ni malam2, kalau buleh biar la berteman.. bukan apa takut ampa xleh nak handle keseraman stori aku ni~

ok kesahnya bermula waktu aku study dulu... ada sorang kenalan aku ni, orang panggil dia carlito, sebab rambut dia macam ni:

x la beso mcm ni, ermm, saiz 1/3 daripada ni,  kiranya rambut carlito ni saiz  S la..


nak dijadikan cerita, aku secara x sengaja terdengaq dia tengah kalut dok bersembang dengan membe dia, dok huhahuha pa, aku pun x pasti.. tapi macam best~ jadi dengan bizi bodinya aku p pasang telinga~

ohhh~ dia tengah ceta pengalaman dia jawab exam, sonok jawab exam katanya... pelik kan?
tiba2!! dia pecah rahsia.. pehhh~ dia bawak toyol rupanya! tapi x kantoi.. jadi aku yang tengah kagum ni terus pasang telinga... shhh~

teng teng tenggss!!!!! patut la x kantoi, teknik tahap tinggi, rupa2nya dia buat note kecik atas paper kecik... pastu dia selit lam rambut dia, bila dia terdesak nanti, berlakon la tengah garu2 kepala~ maka ilham pun datang mencurah2  selepas digaru~ hahahah!!!! gila ah aku gelak! anjakan paradigma bak kata afdlin shauki!

sebenarnya ada lagi satu kisah melibatkan minggu yang sama, aku ada sorang kawan berbangsa india, tharish namanya... ada satu hari, abeh ja satu paper ni, budak2 suma kluaq muka masing2 macam dah xdak harapan nak idup... kecuali tharish ni, dia keluaq bahagia ja, senyum xleh nak stop~ kami pun p bersembang, aku tanya pasai pa suka sangat? lalu dia dengan bahagianya menyinting? sinting? lipat? lepat? lengan baju dia...

cehh!! rupa2nya note suma dia tulis kat lengan~ maka ilham jugak akan datang mencurah2 kalau dia garu2 lengan dia, aku kagum sebab dia dengan kreatifnya menggunakan kelebihan monochrome yang dia ada, ya la, sememangnya tu la kelebihan dia, cuma dia ja yang bleh cam antara dakwat hitam dan kaler2 monochrome len di lengan dia seadanya~

legend!

haha, aduyaiii~~~ macam2 org aku jumpa, inovatif, kreatif.. suma yang tif2 la...sekian, pendek ja aku nak ceta, walaupun sebenarnya banyak lagi! heee~~~


p/s: see! aku siap gelak2 lagi dengaq ceta pasal toyol ni, sejak daripada sini la aku tau aku ni sorang yang berani.. hmm!

lagi p/s: kepada sesapa yang sedang dalam minggu exam, jangan stress sangat noh, rileks, rehat, jaga kesehatan n enjoy your exam.. hahaha!!! buleh gitu?



SELAMAT MENYAMBUT HARI EXAM! kekeke~~ larikkk!!!!!!! cip! cip! cip!!

 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^