mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Wednesday, January 30, 2013

touching moment

salam suma...

lama x update, hehe... rilek la.. bukan ada orang nak baca pun... hehe, ok kali ni aku nak share sikit gamba2 aku petik dari sini http://en.fishki.net/  bukan niat nak kopi semata2 tapi nak share ja... aku dah letak link tu ampa leh la p melawat web ori dia noh..

sebagai mukadimah, aku nak share gamba ni, sebab aku ni orang seni(claim diri sendiri) aku suka lukih, aku suka muzik, aku pencinta alam, aku suka fotografi... dan untuk post ni, aku nak share pasal fotografi..

aku sangat suka foto2 yang banyak makna, contohnya sekeping gamba yang mampu buat kita termenung berfikir sepanjang ari... aku suka gamba2 gitu.. ya la, sapa yang x suka kan~ haha!!

ok xmo melalut panjang2, ampa layan ja gamba2 ni noh.. credit to http://en.fishki.net/

sebelum tubukak dulu background muzik untuk post ni... mana tau kot2 kita suma sejiwa, aku ni tiap kali tengok gamba2 tacing gini, mesti  aku tringat lagu ni... huhu~~~




jum gegamba laks..
1. Hope dies last. Photographer - Zilvinas Valeika.

2. Cat's House.

3. Extreme. One of the best photos according to the Red Bull Illume 2010.

4. Ordinary Miracle. The little boy is going to ask Santa for his father to return from Iraq. He does not know that his wish will come true right now ...

5. "Thank you" to veterans. Photographer - Roman Balaev.

6. Feats are priceless.

7. A faithful friend.

8. Russian forest. This picture consists of 365 photographs that were made each day from the same place.

9. The flow of time.

10. Neighbors.

11. Japan.

12. Mother.

13. The future artist.

14. Farewell.

15. Grandma's care. 

16. Ku-ku.

17. Love knows no age. The celebration of March 8 in Belgrade.

18. Smoking is bad for you.

19. Forests of giant sequoia.

20. My friend. "My 3-year-old son Charlie, - says the author of the photo Blake Zickefoose, - made ​​friends with this caterpillar and named it worm-dog."

21. Man is a friend for a dog.

22. Downhill of life.

huhuhuhu~ apa pendapat ampa... ampa tacing gambaq hat mana? xbanyak yang tacing tapi bermakna~~


p/s: ampa kalau tengok laju2 sepintas lalu memang xdak pa... tengok slow2.. tengok makna di sebalik setiap moment tu... huhu~~

Monday, January 21, 2013

weekenders: menawan puncak tok wan


salam suma...

semalam aku p panjat gunung tokwan, dan untuk seharian arini, aku berjalan macam robot...

ahh ketepikan robot2 suma tu, aku nak ceta pengalaman nih!! huahaha!!!

ari jumaat yang baru lepas ni, aku p umah akak aku kat kajang.. p menyembang dengan depa, lama x jalan sana, lagi satu sebab aku kempunan nak makan masakan air tangan family, siyes wehh bukan rindu masakan lagi dah! memang tahap kempunan siyesly.. dan dengan heavennya aku melantak makan pada ari sabtu keesokannya... huh!! lepas ja kejadian perlantakan tu, aku pun bergulung la depan tv, layan "running man" yang aku donlod... sampai la malam~

bila dah dekat kul 11, baru la menggeliat nak balik umah sewa sebab plan nak panjat gunung tok wan, kena gerak kul 3 pagi.. tup2 sampai umah sewa kul 11.45 malam, mata dok terbeliak lagi.. ah sudah! satgi nak bangun awal... xtau nak watpa, men biola sat.. sedaq2, kui 1 pagi.. tuudia baru kalut paksa tidoq sat.. akhirnya terlelap jugak!

tiba2. housemate aku kejut! suh bersiap nak p.. aku tengok jam.. kul 2.15 pagi... OMG! siyes tidoq aku xcukup... maka dengan mata yang berlapis2 aku p mandi, bersiap.. then kami gerak kul 3.15 pagi... tggu geng2 len kat petronas, lambat pulak! janji nak konvoi kui 4, last2 kui 5 baru konvoi... rugi masa tidoq aku, rugi2!!

gedebak gedebuk gedebak! kami pun sampai kat kaki bukit broga.. agak eksaited sebab first time, aku gigih bawak beg, membe aku pesan jangan bawak barang banyak, nanti xlarat, tapi aku bawak jugak 2 botol ayaq mineral hat besaq...

kami pun naik bukit broga, ok takda masalah sangat... sesampai ja kat puncak broga, kami smayang subuh dulu, best la time tu, jemaah ramai2 berbumbungkan langit, di puncak bukit.. cantik gila!!!

sempat gak aku bersesi fotografi, tapi sedaq2 ja dah nak cerah dah, apa lagi, kalutt la p kat puncak broga yang paling tinggi pada paras 400m, nak tengok sunrise~ nasib bek sempat... cantik gila!!!

setel ja broga, kami pun berkumpui untuk menyambung ekspidisi ke gunung tokwan...

nak naik gunung tokwan, jalan dia dari puncak broga.. perbezaan gunung tokwan dengan broga, broga xda pokok, ada lalang2 ja... tapi gunung tokwan ni hutan 100%...  tokwan tanam kot!

mula2 nak setat tu leh tahan g.. jalan sat naik bukit(mula dah!), pastu turun balik, pastu naik pulak, turun..naik turun...naik! tidakk!!! bleh mental aku! yang menyeksakan hati dan perasaan ni, kita tgh naik nie!! ingatkan akan terus naik sampai puncak.. alih2 tengok depan kena turun, dah tu bukan turun sikit.. banyaakkkk!!! yang beg ni pun mula la dok jadi berat, altitude punya kerja.. 2 botoi tu terasa seksa sangat!!

hap hap hap!!! dok semput, akhirnya sampai jugak ke puncak gunung tokwan pada paras 675m... huhu, kalau nak diikutkan, gunung tokwan ni kira rendah sebab x cecah 1000m pun, gunung kinabalu nun 4000m!! bopa kali ganda dari gunung tokwan, ampa kira la sendiri~ huhu

sesampai ja kat atas, ada la sesi berkenalan sikit antara ahli kelab. rehat sat dalam 45menet, mula la sesi turun plak... waktu nak turun tu, ingatkan makin senang, rupanya sama teruk ja.. sebab effect waktu naik tu kot.. jalan sikit berenti, jalan sikit berenti, ingatkan aku akan menetap kat gunung tu teruih dah.. dah penat sangat nak turun...huhu.

antara pengalaman yang aku takleh lupa, bila aku selisih dengan pakcik ni, time aku turun tu, dia tengah naik.. kagum la aku tengok, sebab dia sorang2~ takpa la, pastu abaikan ja... tiba2 waktu aku turun dah sampai broga, pakcik tu kat blakang aku weh!!! gila ah laju!!!

terkejut-kejutan la aku sat, pastu teruih aku tanya, "tadi naik sampai ke puncak tokwan ka" dia kata "ha" gila ah! aku pun interview la~ sembang punya sembang.. rupanya2 umoq dia dah 62, pendaki tegar katanya.. penah panjat gunung fuji kat jepun.. ni ha blognya, memang legend! haji meli

kesimpulannyaaku x bopa suka, sebab ramai yang suka rushing.. mungkin nak tunjuk kata depa hebat panjat gunung.. kalut panjat laju2, kalut turun laju2... kadang2 aku terpikir.. untuk apa motif depa ni? nak catat rekod la kot! oh!! sangat x kena dengan aku, aku masuk hutan sebab nak tengok alam semulajadi.. nak tengok keunikan yang jarang aku bleh tengok... yang jadi konfliknya sebab aku terpaksa gak turun cepat2 sebab p sebagai team... oh kecewa gak la.. x sempat nak betul2 menikmati keindahan alam... mungkin len kali ja la.. huhu

akhirnya ni di antara koleksi yang sempat aku snap... huhuxcukup sebenarnya...T_T

ni waktu kami baru sampai kat puncak first broga..
untuk smayang subuh

tengah amek ayaq smayang


depa ni suma tgh menuju ke puncak broga ke 2
kesusahan untuk sampai puncak paling
tinggi broga

dah sampai ke puncak broga
yang paling tinggi

sempat tengok sunrise

cantik gila dapat tengok depan mata
bergambar sebelum mula panjat gunung tokwan,
 latar belakang tu la jalan ke gunung tokwan, aku xda kat sini.. jdi fotografer

maka pencinta alam pun berkarya... buah apa xtau..
membe aku selambe makan.. bleh makan katanya..


ni membe aku snap kot.. cantik gak!

gojes2!!

pokok ni akar menjalar sampai ke atas!
pokok ni cantik gak!
ni view dari puncak broga lepas kami turun dari
gunung tokwan
gua mampu tunjuk gambaq kasut gua ja, segan nak
letak gambaq sendiri.. gua x hensem beb!


p/s: broga memang cantik.. sapa yg x penah p... sila p... gunung tokwan tu ekstrim sikit bagi yang amatur cam aku ni, tapi bleh ja nak sampai.. jangan kalut2.. rilek2 ja baru best!

Friday, January 18, 2013

slot jumaat bersama iman

salam suma...

salam jumaat, hehe~ skang kul 1 pagi.. blom nak tido lagi... jadi molek sangat la aku conteng2 kat sini dulu... tengah ari esok smayang jumaat.. pastu masuk ofis, pastu balik rumah... pastu p kajang! yeayy!!! nak p melawat iman... makin bulat dah skang ni~ huahaha!!!! tapi ni  suma ceta esok..

nih! ceta tengah malam ni, awat x tidoq2 g~ hehehe~~ sebenaqnya tengah tunggu mesin basuh, waktu2 gini la terasa cam best kalau ada seseorang leh tolong uruskan... haiee~ aku kena basuh baju siap2.. esok kalut nak p sana sini, sabtu kat kajang lagi, pastu pagi2 buta kul 4 pagi ari ahad nak p panjat gunung tokwan lak...x ke haru jadual aku ujung minggu ni~ hahaha!!

kepada rakan2 yang bakal p smayang jumaat tu, elok la kita bersedia awal2 sikit.. dan untuk persedian tu, nih aku bagi tutorial sikit.. sila study untuk p masjid nanti... 





dan jangan lupa manggakan selipar anda...:)

heee~~ dan di kesempatan ni, berbekalkan mood untuk jumpa iman esok, aku nak share info, info ni aku petik dari fb abang ipar aku, merangkap ayahnya iman~ xlah pulak diketahui dia copy-paste dari mana.. haa~ nih aku share~~~

BAU WANGI BAYI : ADAKAH ANDA PERASAN?

Perasan tak setiap kali kita cium bayi, ada satu bau yang amat wangi dan mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan. Tahukah anda bau apa itu?

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : Rasulullah SAW pernah bersabda: "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA" 




selamat berhari jumaat... :)

Tuesday, January 15, 2013

musimnya sang pencinta alam

salam suma,

hee~~ saja nak luah perasaan, dah tau dah tak ramai yang baca... belum bersedia nak setat blogwalking balik macam dulu.. hehe.. sori~

berbalik kepada topik! aku ni sebenarnya pencinta alam, dan merupakan seorang pencinta alam yang sangat mengagumi kebesaran tuhan!! syukur sangat ada tempat yang sangat indah... dan tempat yang indah tu adalah... hutan! hehehe~~

yup! sememangnya aku pencinta alam kategori hutan, sebab tu, kalau diberi pilihan...

pantai vs air terjun: aku pilih air terjun
gunung vs pulau: aku pilih gunung
pokok vs bangunan: aku pilih pokok

dan moment yang paling best apabila tidur waktu malam berbumbungkan langit.. Ya Allah, indahnya~~

kita semua mesti perasan kan, setiap minat, hobi, benci suma tu x timbul sendiri... mesti benda2 ni telah dipupuk suatu masa dulu, mungkin kita ja yang x perasan... dan dalam kes aku, waktu aku kecik2 dulu, abah aku suka bawak aku masuk hutan~

*pengenalan untuk abah aku: kalender tahunan dia x sama macam kita, contohnya, kalau ikut kalender negara ni, kita ada musim tengkujuh, musim banjir, musim kemarau, musim buah dan macam2 lagi! tapiii~ abah aku punya kalender ada musim memancing, musim burung, musim pelanduk, musim puyuh dan macam2 lagi sampai lengkap la jadual tahunan dia tu! dan dalam kes aku~ aku selalu terjebak dalam musim pelanduk, sebab selalunya musim ni jatuh pada cuti sekolah... maka hutan la destinasinya...

mula2 aku x suka, sebab rimas.. banyak nyamuk la, pacat, macam2 la membuatkan aku rimas, miang pokok lagi! time ni memang sangat x best, niat aku cuma nak temankan abah aku ja~ kadang2 aku terpaksa duduk sorang2 dalam hutan tu sambil tunggu abah p cari bahan2 untuk wat perangkap...

waktu aku duduk sorang2 ni la... tiba2 mai suatu perasaan, aku pandang pokok2 sekeliling aku, lembut ja melambai2 ditolak angin.. aku pandang atas, aku nampak sinaran matahari di celah2 daun, telinga aku plak dapat tangkap bunyi daun, bunyi burung, bunyi anak sungai, bunyi abah aku tengah cantas pokok2 renek... tetiba aku rasa best sangat!!! terasa damai gila~ (sori, ayat xbleh blah..wekk!!)

dan sejak dari situ, aku macam xkesah dah follow abah aku, kadang2 kalau aku p hutan, ada ja benda untuk aku main kat situ, dah macam taman permainan aku dah, aku ni makhluk yang kreatif, imaginasi tinggi.. jadi macam2 aku wat kat situ, terasa macam rumah sendiri dah! FYI, kalau kami masuk hutan, kami masuk pagi, balik petang.. jadi makan tengah ari kat dalam hutan.. seeedddddaaaaaaaaaaaapppppppppp gila!!!!!!!!

tapi dalam semua musim2 abah aku tu, aku paling suka musim burung mandi, of kos dalam hutan, dan wajib lokasinya di tepi anak sungai~~ lagi laaaa menggilakan!!!! siyes best!!! makan kat tepi anak sungai, abah aku sibuk wat perangkap burung, aku lak sibuk dok cari batu2 sungai yang cantik.. nak bawak balik menyemak kat rumah! memang dah xleh fokus dah tujuan asal time tu..haha!!!

dan sampai sekarang la aku rindukan alam semulajadi, seolah2 depa ni macam kawan lama aku, rasa selesa sangat, rindu gila...!! tapi skang aku kat sini, alam konkrit! aku nak balik kampung! huhu~~~

kerinduan terhadap kampung halaman, antara motif terwujudnya pos ni...huhu... ari ahad ni ada trip mendaki gunung tokwan, teringin sangat nak p, tapi bila tengok itinerary, pukul 4 pagi! agak awal di situ.. huhu~

jadi ending pos ni aku tinggalkan ampa dengan sedikit lagu.. sedikit hokey!









bila aku teengok gamba2 kat atas ni, terasa macam aku ada kat situ, aku fahaaaammmm sangat macam mana rasanya kalau kita di dalam suasana macam tu... syahdu gilaaaa~~~~~ huhu...

p/s: owner gamba.. plis2!! jangan saman!!! gamba2 ni google yang bagi!!!! saman ja google, banyak sikit pampasan! huhu~





Monday, January 7, 2013

suatu ketika: toyol

salam suma... samat petang~

TOYOLLLL.... DIA DATANG PADAKU BERLARI-LARI!!!!!!

tuudia! intro!! gempak dak? stail masuk lagu truih!!! hahaha!

tuan2 dan puan2, saudara dan saudari... aku selaku penghuni rumah usang yang semak ni nak ceta pengalaman aku sendiri~~ hmm~ nak kata pengalaman seram tu, xtau la sebab aku x rasa seram pun... tapi masuk akal la sebab aku ni memang sorang yang berani... ampa kalau baca pos ni malam2, kalau buleh biar la berteman.. bukan apa takut ampa xleh nak handle keseraman stori aku ni~

ok kesahnya bermula waktu aku study dulu... ada sorang kenalan aku ni, orang panggil dia carlito, sebab rambut dia macam ni:

x la beso mcm ni, ermm, saiz 1/3 daripada ni,  kiranya rambut carlito ni saiz  S la..


nak dijadikan cerita, aku secara x sengaja terdengaq dia tengah kalut dok bersembang dengan membe dia, dok huhahuha pa, aku pun x pasti.. tapi macam best~ jadi dengan bizi bodinya aku p pasang telinga~

ohhh~ dia tengah ceta pengalaman dia jawab exam, sonok jawab exam katanya... pelik kan?
tiba2!! dia pecah rahsia.. pehhh~ dia bawak toyol rupanya! tapi x kantoi.. jadi aku yang tengah kagum ni terus pasang telinga... shhh~

teng teng tenggss!!!!! patut la x kantoi, teknik tahap tinggi, rupa2nya dia buat note kecik atas paper kecik... pastu dia selit lam rambut dia, bila dia terdesak nanti, berlakon la tengah garu2 kepala~ maka ilham pun datang mencurah2  selepas digaru~ hahahah!!!! gila ah aku gelak! anjakan paradigma bak kata afdlin shauki!

sebenarnya ada lagi satu kisah melibatkan minggu yang sama, aku ada sorang kawan berbangsa india, tharish namanya... ada satu hari, abeh ja satu paper ni, budak2 suma kluaq muka masing2 macam dah xdak harapan nak idup... kecuali tharish ni, dia keluaq bahagia ja, senyum xleh nak stop~ kami pun p bersembang, aku tanya pasai pa suka sangat? lalu dia dengan bahagianya menyinting? sinting? lipat? lepat? lengan baju dia...

cehh!! rupa2nya note suma dia tulis kat lengan~ maka ilham jugak akan datang mencurah2 kalau dia garu2 lengan dia, aku kagum sebab dia dengan kreatifnya menggunakan kelebihan monochrome yang dia ada, ya la, sememangnya tu la kelebihan dia, cuma dia ja yang bleh cam antara dakwat hitam dan kaler2 monochrome len di lengan dia seadanya~

legend!

haha, aduyaiii~~~ macam2 org aku jumpa, inovatif, kreatif.. suma yang tif2 la...sekian, pendek ja aku nak ceta, walaupun sebenarnya banyak lagi! heee~~~


p/s: see! aku siap gelak2 lagi dengaq ceta pasal toyol ni, sejak daripada sini la aku tau aku ni sorang yang berani.. hmm!

lagi p/s: kepada sesapa yang sedang dalam minggu exam, jangan stress sangat noh, rileks, rehat, jaga kesehatan n enjoy your exam.. hahaha!!! buleh gitu?



SELAMAT MENYAMBUT HARI EXAM! kekeke~~ larikkk!!!!!!! cip! cip! cip!!

 



Friday, January 4, 2013

kawan saya: drum vs violin

salam suma...

untuk makluman, aku ni suka muzik... suatu masa dahulu, aku minat drum.. pastu aku dapat men drum dan aku penah join 3 band, 2x battle of the band... sumanya dengan aku sebagai drummer, tapi ni suma kesah suatu masa dahulu...

sekarang? aku tersidai kat selangor... aku dah xdak sesapa untuk diajak p jeming... siyes terasa sangat nak p jeming, malangnya tiada kaki2 yang mengikut... disebabkan drumset mahal, mustahil la aku nak beli, ditambah plak bunyinya yang bising, sangat x praktikal untuk dimain di dalam umah...

jadi aku beralih kepada violin, aku minat sebab violin ni unik sangat2! aku target nak beli... tapi risau gak sebab aku takut nanti rugi aku beli.. bukan apa, aku x pernah sentuh violin, so aku xtau samada aku bleh men atau x... nak dijadikan cerita, jalan aku dipermudahkan, kenalan aku rupa2nya ada violin, dah lama dia beli, tapi jarang pakai sebab give up... bila aku ceta hajat aku nak beli violin, dia nasihat aku untuk pinjam dulu violin dia, try dulu bleh follow ka x, then baru decide kot2 nak beli baru...

so, aku pun pinjam, mula2 risau gak... sebab violin kan instrument yang unik, aku sendiri pun x sure aku bleh men ka dak... gila saspen time ni...

dan ditakdirkan, rupa2nya violin ni bukan la instrument yang payah bagi aku... terharu aku rasa~ jadi skang ni aku dah ada membe baru... violin namanyaa~~  \(^o^)/

lagu kat bawah ni antara lagu feveret, aku try nak men tapi lagu ni siyes aku xleh... mungkin belum sampai level, ala lagipun aku baru 2 minggu kenal violin.. pelan2 la kan?






kacak gila!

hmm~~ mungkin betul kata orang... sesapa yang lahir dalam bulan mac, ada bakat dalam bidang muzik.. pandai depa teka, bukan nak puji diri sendiri, tapi sekurang2 bila aku gesek violin tu, bunyi sedap la sikit daripada roomate aku tu.. ngeh3..!


p/s: kalau aku wat rambut fesyen bangun tidoq cam violinist tu segak dak?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^