mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Saturday, October 16, 2010

Home » » Tragedi berdarah: anda dan saya... sama?!

Tragedi berdarah: anda dan saya... sama?!

 Rantaian DNA
Salam sume,
korang penah dengar kan tentang kajian tarikh lahir, zodiak, kalender tahun cina dan banyak lagi.. haa, yang saya nak share ni plak kajian mengenai darah...ada jugak kelogikan sebab di sebalik kajian darah ni..

Di Jepun, pengenalan personaliti seseorang lebih ditentukan oleh golongan darah daripada zodiak atau shio. Kenapa? Katanya, golongan darah itu ditentukan oleh protein-protein tertentu yang membangunkan semua sel di tubuh kita dan oleh kerana itulah juga, ianya menentukan psikologi kita. masuk akal gak alasan ni. Korang penah baca tak tentang hal ni?

SIFAT SECARA UMUM
A- tersusun, konsisten, jiwa kerja-sama tinggi, tapi selalu cemas (kerana
perfectionist) yang kadang2 membuatkan orang mudah cuak, kecenderungan politik:
"destra"
B- (santai, easy going, bebas, dan paling menikmati hidup, kecenderungan politik:
"sinistra")
O- (berjiwa besar, fleksibel, taknak kalah punye, alergi pada yg detail, kecenderungan
politik: "centro")
AB- (unik, banyak akal, berkeperibadian ganda, kecenderungan politik)

BERDASARKAN URUTAN

Yg paling amik mudah dalam soal waktu
1. B (santai terus)
2. O (kerana flambouyant)
3. AB (ganti program)
4. A (anda gagal dalam disiplin, kekeke)

Yg paling susah nak bertolak ansur dengan kesalahan orang
1. A (perfectionist dan narsismenya terlalu besar)
2. B (kerana easy going tapi juga easy judging)
3. AB (kerana memahami perbezaan setip org)
4. O (easy judging tapi juga easy pardoning)

Yg paling boleh dipercayai
1. A (kerana konsisten dan taat kepada hukum)
2.O (demi menjaga balance)
3 B (demi menjaga kenikmatan hidup)
4 AB (mudah ganti frame of reference)

Yang paling disukai utk jadi teman :
1.O (orang yang sporting)--sayer ler...(^_~)
2.A (selalu on time dan persis)
3.AB (kreatif)
4.B (bergantung kepada mood)

Sebaliknya, teman yg paling tidak disukai
1.B (egois, easy come easy go, sendiri)
2.AB (double standard)
3.A (terlalu taat dan scrupulous)
4.O (taknak kalah punyer)

MENGENAI OTAK DAN KEMAMPUAN

Yg paling mudah tersasar/tersesat
1.B
2.A
3.O
4.AB

Yg paling banyak meraih medal di arena olah raga
1. O (jagoh olah raga)
2. A (persis dan matematis)
3. B (tak terpengaruh dengan pressure dari sekitar. Hampir seluruh atlet judo, renang berdarah B)
4. AB (alergi pada setiap jenis olah raga)

Yg paling banyak jadi director dan pemimpin
1 O (kerana berjiwa leadership dan problem-solver)
2 A (kerana berpribadi "minute" dan teliti)
3 B (kerana sensitif dan mudah ambil keputusan)
4 AB (kerana kreatif dan suka ambil risiko)

Yang jadi PM Jepun rata2 bergolongan darah
1. O (berjiwa pemimpin)

Mahasiswa Tokyo Univ pada umumnya berdarah : B

Yg paling mudah menabung
1. A (suka menghitung bunga bank)
2. O (suka melihat prospek)
3. AB (menabung kerena ada sebab)
4. B (baru nak menabung kalau ada duet banyak)

Yg paling kuat ingatannya
1. O
2. AB
3. A
4. B

Yg paling sesui jadi MC
1. A (macam planner berjalan)

MENGENAI KESEHATAN

Yg paling panjang umur
1. O (jarang stress, antibodynya terbaeek wok!)
2. A (hidup teratur)
3. B (mudah cari kompensasi stress)
4. AB (amburadul)

Yg paling senang gemuk:
1. O (nafsu makan besar, makan cepat lak)-- ahh takde2!
2. B (makannya lama, siap menambah, dan lagi suka makanan yang enak)
3. A (hanya makan apa yang ada di pinggan, terpengaruh dengan program diet)
4. AB (Makan bergantung kepada mood, mudah kena anorexia)

Paling mudah digigit nyamuk
O (berdarah manis)

Yang paling senang kena flu/demam/batuk
1. A (lemah terhadap virus dan pernyakit menular)
2. AB (lemah thd hygiene)
3. O (makan apa saja  sedap atau tak sedap)
4. B (makan, tidur tidak teratur)

Apa yg dibuat pada acara makan2 di sebuah pesta
O (banyak mngambil protein haiwan, senang ceta makanan jenis daging la)
A (mngambil yg berimbang. 4 sehat 5 sempurna)
B (suka ambil makanan yg banyak kandungan airnya seperti soup dsb)
AB (hobby try suma jenis makanan)

Yg paling cepat botak
1. O
2. B
3. A
4. AB

Yg tidur paling nyenyak dan susah dibangunkan
1. B (tetap mendengkur meski ada Tsunami)
2. AB (jika moody, sleeping is everything)
3. A (tidur harus 8 jam sehari, sesuai hukum)
4. O (baru tidur kalau benar2 letih dan memerlukan)

Yg paling cepat tertidur
1. B (paling mudah nmgantuk, bahkan sambil berdiri pun bleh tertidur)
2. O (Kalau letih dan tak ada kerja nak dibuat, mudah mngantuk)
3. AB (bergantung kepada kehendak)
4. A (bergantung kepada jadual/aturan)

Penyakit yg mudah menyerang
A- (stress)
B- (lemah terhadap virus influenza, paru-paru)
O- (gangguan pencernaan dan mudah kena sakit perut)
AB- (serangan jantung, mudah terkejut)

Apa yg perlu dilakukan agar tetap sehat
A- (Kerana terlalu perfectionist maka santailah sekali-skala, jangan terlalu
tegang dan serius)
B- (Kerana terlalu susah berkonsentrasi, sekali-skala perlu serius sedikit,
meditasi, main catur)
O- (Kerana daya konsentrasi tinggi, maka perlu juga besantai, jalan-jalan)
AB- (Kerana mudah letih, maka perlu cari kegiatan yg menyenangkan dan sihat)


Sekadar nak seronok2 petang2 ni.. baca la...
Ni suma rahsia alam Allah S.W.T.... kita hanya bleh kaji je, tapi hasilnya? tak perlu percaya kerana setiap orang diciptakan istimewa berbanding yang lain. kita sendiri tau, tak semua karakter2 yang dinyatakan tu tepat mengenai kita.

Jangan percaya sangat hokeyy... takut nanti ada gak yang frust dapat ranking last untuk dijadikan teman ...kekeke... hidup ini kita boleh atur sendiri, tapi ingat! yang memberi izin adalah Allah S.W.T...
contoh: macam iklan nuffnang gak, kita cuma bleh tempek di macam2 sudut dalam blog kita, tapi kalu takde org klik takde la hasilnya..(pasni aku nak pakai nuffnang gak tau!)

enjoy! saye darah O positive...


Sumber ni saye amek dari sebuah forum, dan saye dah alih bahasakan untuk memudahkan pembacaan... 
kalu silap bagitau la ek...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^