mereka pun berkata, soh seh soh seh..... (kata apa pun taktau..)

Friday, November 9, 2012

How to remove or 'stop following' a blog (especially when we accidentally follow our own blog)

ok i had the same issue before when i accidentally follow my own blog...
so what you have to do is:

1. go to the blog that you follow.

2. click the 'double square icon' on the follower gadget

3. 'sign in' if necessary

4. click 'settings'

5. click 'stop following this site'

6. then stop following.

finish..

konfius lagi? ok2 bawak bertenang... keadaan terkawal..
ikut ja step ni;

1. pegi kat blog yang anda suma follow tu

2. klik kat ikon kotak kecik kat gadget follower tu

3. 'sign in' kalau perlu

4. pastu klik 'setting'

5. pastu klik 'stop following this site'

6. stop following

hah! setel dah, mudah kan?  ok selamat mencuba resipi ni..

Saturday, September 22, 2012

Saya SPM

hai!!! berjumpa lagi kita di laen post...

wahhhh!!! semangat ka? bru publish post, x sampai 10 menet.. publish lagi satu?

wahai tuan-tuan dan puan-puan yang budiman, ingin saya jelaskan di sini, bahawa saya bukanlah seperti yang digosipkan itu.. saya? saja ja nak penuhkan ruang-ruang di dalam blog ni supaya nampak segak sikit... tak gitu?

nak tulis panjang-panjang saya x reti, maklum la SPM... takda apa pon, stakat SPM ja... tu pun SPM dah lama, biasa la kan SPM mana la ada yang baru... SPM, macam dulu-dulu tu... SPM..hmmm...

saya ni bukan la orang yang pandai menulis karangan, jadi sori le kalu terasa meluat dengan post-post di rumah ni ye(terutamanya post ni)... saya ni cuma SPM!

Saya yang sekarang

salam... ok saya tau sawang penuh umah... maklum la dh 2 tahun saya tinggalkan rumah ni...

ZASSS!!!!!!!!

2 tahun yang lepas? saya masih blaja, sekarang? dah kerja dh pon... huehehe... saje singgah rumah ni lepas 2 tahun.. hmm... banyak perubahan, n banyak gak benda yang dah kena sita... antaranya? chatbox(huhu), lagi satu... tracker bergambar untuk orang2 yg datang melawat rumah usang ni...adei nak kena masukkan balik ke? ANDA tentukan! chewah!!! macam la ada orang yang visit blog ni lagi kan? hahaha!!!

eniwei, saya selaku tuan blog ni merangkap ajk kampung d kedah dan secara x langsung merupakan anak bendahari kampung ingin mengucapkan... emm... selamat hari raya haji kot... walaupon err... hah! 2 bulan lagi... x kesah la walaupon awal melampau camni kan? ibarat kata-kata, mencegah lebih baik dari mengubati... hmm(ada kaitan ke?)

tp x kesah asalkan ada orang faham maksud-maksudku yitu... bai, jumpa lagi d laen possst!

Monday, April 4, 2011

posto! posto!

  wahh... lama x online, baru-baru ni dh mula terjebak balik ke dunia forum... terjebak? hehe... bukan aku bermaksud buruk... cuma aku terkagum dengan usaha seseorang dah berkerjaya, bijak... tapi sanggup berenti kerja, aku rasa salah satu faktor dia berenti sebab dia x tahan tekanan kerja kat situ, maybe dari situ keluar mutiara2 kata macam, " kita ni kalu nak kerja tu, biar la kita kerja berasaskan minat kita, kalu tidak macam mana kita nak survive? cuba bayangkan kerja seumur hidup, melakukan sesuatu yang kita terpaksa buat, hanya kerana terpaksa nak teruskan hidup".

hmm... dia berhenti dalam keadaan kewangan dia baru nak kukuh... tragik ke? taaakkkk... sekarang dia bekerja sebagai penjaja kecil-kecilan, takda gerai pun... terkejut!? drastik betul perubahan dia kan? tapi itulah yang kita selalu tak jangka, dia melepaskan sesuatu yang dia x minat dan dia kejar sesuatu yang dia minat... dari gaji yang masuk beribu-ribu tiap2 bulan, sehinggalah terpaksa bajet2 untuk hidup....

tapi, kerana itu adalah minat dan jalan yang dia pilih, dia berusaha... walaupun duit x masuk poket, sengsara, tapi dia tawakal... ~END~

orangnya sekarang masih berniaga, dan sekarang perniagaan dia dh semakin menampakkan masadepan... tp belum tahap untung sakan lagi tau! cuma dah makin menampakkan masadepan...

tujuan aku bukak ceta ni kat sini bukan apa, cuma aku kagum dengan dia, mengeluh, menangis tu memang dah jadi kebiasaan bagi dia, nak2 lak dia ni pompuan, tapi yang wat aku kagum adalah mental dia, kuat betul.... dari kehidupan yang agak glamour, terus turun ke peringkat penjaja tepi jalan, korang leh bayang tak? bukan nak kata penjaja tu susah nak dapat duit, tapi untuk permulaan untuk dapatkan customer, memang payah... sekarang pun dia masih berusaha...

haie... terharu dan bersemangat lak bila baca journal dia hari2, semoga lepas ni dia akan berjaya seperti yang dia impikan...

Friday, March 18, 2011

warghh!!! banyaknya sawang!!!! (*_*!)

yuhuii!! amoih lamanya sangat x update blog ni.... sawang dh berkilo2...

sebab pa lama x update?:
ans: owh! saya sangat bizi dgn komitmen baru.

komitmen apa? boleh kongsi:
ans: boleh... saya skarang sedang menyambung pengajian yg x pernah sudah.... bidang saya skarang adalah architecture yang mempunyai assignment yang melampau banyaknya...!

saya ingatkan anda sibuk dengan jadual perkahwinan semasa cuti lepas..
ans: tidak berkaitan! saya masih singgel...ada soalan lain?

mengapa baru skarang anda mengupdate belog?:
ans: kerana saya berjaya cilok masa cuti hujung minggu saya... saya masih ada banyak assignment yang    terbengkalai, tetapi saya berjaya untuk buat2 lupa... kerana apa? kerana saya buleh...


apakah pekembangan terbaru anda sekarang?:
ans: perkembangan saya? rasanya tidak, kerana saya di sini selalu mengambil makanan tidak berkhasiat, jd berat saya tiada perkembangan...

maksud saya, bagaimanakah keadaan semasa anda sekarang?:
ans: owh! maafkan saya, saya selalu menonton siri spongebob, mungkin saya terpengaruh dengan patrick... emm... so far, tidak ada apa2 yang menarik melainkan saya masih singgel sehingga sekarang... kenapa           jdi begitu? saya pun tidak tahu....

apa pendapat anda tentang perkembangan dunia belog sekarang?:
ans: owh itu.... emm... pendapat saya sama seperti pendapat orang lain... ada soalan lain?

bila rasanya anda akan menemui cinta?:
ans: no komen.. soalan lain?

saya rasa sehingga di sini dulu temuramah kita... berjumpa lagi di lain waktu...salam,

                                                       .

Monday, October 18, 2010

Kerana kau menipu, aku terpaksa...


Salam suma, tetiba teringat zaman kecik2 dulu...

Membuka sebuah novel masa kecilku... alkisah:

Darjah Tiganya aku:
Seperti biasa cekgu lambat masuk... aku and the gang syak cekgu ada mesyuarat... apa lagi, tarik kerusi la wat kedai kopi... membe aku ni(Amy), penglipur lara agung di zaman tu, kitorang segeng ni biasa la zaman kanak2 ribena, semua yang membe cakap, semua kitorg caya 100%! tiada ragu2!!!

Bila dia bukak ceta, sambutan memang menggalakkan! makin menaik la saham dia sbg leader dalam geng... (aku dah x sedap duduk time ni) dia bukak ceta hantu! mmg gempak la sbb semua kat citu semua penakut... abes je dia ceta, membe aku lagi sorang lak bukak ceta... wah ceta dia pun gempak gak! ceta pasal askar melayu(zaman kecik2 dulu semua budak laki nak jadi askar,  time ni aku dah mula rasa sesak!) huh! cetanya xyah sebut la, mengarut tahap gaban punya.. tapi kitorg tetap percaya.... membe kan, takkan nak tipu?(ideologi kanak2)

Pas sorang, sorang... lepas satu topik, ke topik yang lain(aku dah mula rasa tekanan)... sampai la turn aku... Oh!!! apa aku nak story ni? aku ni bukan kaki kuar rumah jadi x banyak la story yang aku dapat kutip( untuk pengetahuan korang, saham dalam geng dikira dengan kuantiti cerita yang menarik: sapa banyak ceta menarik, dia akan direspek)

hah!!!! idea!!!! tetiba aku teringat mimpi hasil ceta aku tgk kelmarinnya(darah perwira: kalu x silap aku..) apa lagi.. brok brek brok brek aku mukadimah... aku reka ceta(true story x penting, yang penting ceta gempak).
Dialog lebey kurang camni:

Aku: weh korang nak tau, sebenarnya hutan kat belakang sekolah tu ada kem komunis... kelmarin aku nek beskal area tuh aku nampak banyak senapang kat pondok atas pokok, senapang yang macam ceta darah perwira tuh.

Kawan2ku:..................

(kawan2 aku mula tunjuk respon yang positif... legaaaaa........aku sambung lagi)

Aku: time aku pegi tu nasib baik derang takda, kem tu kat tepi jalan ja... takut gila aku, dah la waktu tu aku sorang ja....

Kawanku: jom kita pegi tengok petang ni!

(ah sudah... mampos!)

Aku: uish!! gila ko.. time aku balik, kem tu masih berasap! mungkin derang kuar kejap, camna kalu kita pegi nanti, derang dah balik?

Kawanku:..................

Kawanku lagi: tapi kita ramai... nak takut pa?

(Gulp?! sungguh2 derang nih!)

Aku: derang ada senapang darah perwira weh(ceta ni terkenal, sebut ja suma dah gerun). kita ada lastik, mana sempat lari...

Kawanku lagi:...........................

(tetiba mie menyampuk)

Amy: betul la, minggu lepas aku pun nampak gak kem tu, aku nampak asap, ingatkan apa.. rupa2nya aku tengok kem komunis.. memang banyak senapang kat atas pondok tuu....

(terkejut aku time ni! ceta ni aku reka ja....?! ahh! cover..)

Aku: ha! mie pun penah nampak! takut ooo....

Amy: kem tu kat atas tanah lapang kan?

Aku: aaaa.... ye kot? aku x berapa ingat la...

Amy pun sambung: brok brek brok brek.....

Mungkin ceta aku ni gempak jadi Amy pun nak amek alih ceta aku ni, tumpang kredt kot?!
Amy pun ceta balik kesah komunis aku tadi, aku dengar khusyuk gila! yang bestnya, aku lak caya ceta komunis Amy ni, padahal aku yang reka ceta tu.... adoiiiii. akhirnya aku berjaya mempertahankan saham aku yang agak corot tu.... sekian....

Sampai bila2 pun aku akan suka ceta darah perwira tu... Terima kasih almas darah perwira...^_~


p/s: korang pun kompom ada punyalah ceta camni kan? hehehe...

Sunday, October 17, 2010

No more love, until when when...


 Saje nak berkongsi imaginasi mengarut camni... jangan kutuk aku lak... korang mesti dah banyak kali jumpa cerita yang tema camni kan? hehe.. aku tambah lagi, biar banyak2... hehe

Dalam perjalanan pulang selepas sekolah, Kamsan mengejar Rosli yang frust... maka berkejaranlah Kamsan pada tengah hari yang pudar warnanya itu... tercungap2, Kamsan menyapa Rosli yang kelihatan terhuyung-hayang perjalanannya..
Risau dengan keadaan sahabatnya itu, Kamsan pun bertanya untuk kepastian:

Kamsan: I hear from far far away that you want to break break, why you want to break?

Rosli: I don't know, this is Milah's result...

Kamsan: But why? what happen to you two? i saw Milah found you during the rest time.. for what?

Rosli: Yes, suddenly Milah come to me and ask some question..

Kamsan: Question what?

Rosli: She told me that her friend told her, that Roslan said to Halimah that Maimon heard Asri and Sobri story that i play wood three... she ask me, "is it true?" and i said yes.. then she become angry and slap me at my face! i almost lost my share in front of Ayu...

Kamsan: After that?

Rosli: She ask me again, "with who?" i told her, with Razak Che Hat, Asri and Mat Kasim... then she slap me again at the same place.. i think i've lost my share at that time... with the red face, she said that i am a gay crocodile land... i am so sad, i don't like crocodile...

Kamsan: Poor you...

Rosli: Thank you, I wonder what is wrong with our wood three game, i've won that game... is it wrong? after i consider my lost share, i have decided, no more love until when when...


Begitulah endingnya, Sedih siot... aku taip sambil nanges2, tapi aku wat sampai situ je...
takut cekgu2 b.i jumpa blog aku ni, kekeke.. abesss...
enjoy...^_~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca/komen di blog ini.... ^_^